Rabu, 7 Disember 2022 | 8:49am
Pemain Maghribi menjulang Regragui ketika mereka meraikan kejayaan menewaskan Sepanyol menerusi sepaskan penalti dalam pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2022 di Stadium Education City, Doha, awal pagi tadi. - Foto AFP

Regragui dedah taktik bertemu Sepanyol

DOHA: Jurulatih Maghribi, Walid Regragui, berkata perancangannya ialah membiarkan Sepanyol menguasai bola selepas keputusan dramatik penentuan penalti yang dimenangi mereka pada kelompok 16 terakhir awal pagi tadi.

Kemenangan meletakkan pasukan dari Afrika itu ke suku akhir buat pertama kali dalam sejarah mereka, mengatasi pencapaian pada 1986 apabila mara ke kelompok 16 terakhir.

Maghribi mencipta kemenangan 3-0 selepas seri 0-0 dalam tambahan masa di Stadium Education City di Qatar.

Sepanyol mendominasi bola ketika perlawanan, tetapi benteng kebal Maghribi berjaya mempertahankan kubu mereka daripada diasak.

"Kami bersetuju untuk tidak banyak mengawal bola bukan kerana kami takut," kata Regragui.

"Kami mengakui kami bukanlah Perancis, Jerman atau England untuk bersaing dalam aspek kawalan permainan.

"Tiada siapa boleh mencuri bola daripada mereka, jadi saya menerima apabila kami tidak boleh mengawal bola. Saya bukanlah pakar silap mata."

Pemain Maghribi, Achraf Hakimi meraikan kejayaan selepas menjaringkan penalti kemenangan buat pasukannya menewaskan Sepanyol dalam pusingan 16 terbaik Piala Dunia. Maghribi mara ke peringat suku akhir. - Foto REUTERS

Regragui berkata, pasukannya berlatih empat hari untuk merencana perancangan mereka bagi mengurangkan impak akan dihasilkan pemain tengah, Sergio Busquets, Pedri dan Gavi.

"Selepas menutup terlalu banyak hantaran dalam tempoh 120 minit, kami tahu kami ada peluang. Kami hanya ada dua, tiga dan empat.

"Kami tidak tahu bagaimana untuk menghukum mereka. Kami mengikut perancangan, kami mendapat penalti dan selepas itu ia seperti loteri.

"Tetapi apabila anda ada penjaga gol sehebat itu di gawang anda tahu akan ada peluang lebih baik untuk berjaya." - AFP

Pemain Maghribi meraikan kemenangan. - Foto AP
Pemain Maghribi meraikan kemenangan. - Foto AP

Walid Cheddira meraikan kemenangan ke atas Sepanyol. - Foto AP
Walid Cheddira meraikan kemenangan ke atas Sepanyol. - Foto AP

Pemain Maghribi, Sofiane Boufal (kiri) bersaing dengan pemain Sepanyol, Marcos Llorente dalam aksi di Stadium Education City, Qatar. - Foto AP
Pemain Maghribi, Sofiane Boufal (kiri) bersaing dengan pemain Sepanyol, Marcos Llorente dalam aksi di Stadium Education City, Qatar. - Foto AP

Berita Harian X