Selasa, 6 Disember 2022 | 1:58am
Penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic menyelamatkan sepakan penalti pemain Jepun, Takumi Minamino pada aksi pusingan 16 terakhir Piala Dunia di Stadium Al Janoub, Al Wakrah, Qatar. - Foto REUTERS

Livakovic bawa Croatia ke suku akhir

AL WAKRAH: Penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic menyelamatkan sepakan penalti Takumi Minamino, Kaoru Mitoma dan Maya Yoshida sebelum Mario Pasalic menjaringkan gol kemenangan dalam penentuan penalti ke atas Jepun untuk mara ke suku akhir Piala Dunia.

Dengan kedudukan terikat 1-1 selepas 90 minit, Jepun hampir meledak gol kemenangan dalam masa tambahan menerusi Kaoru Mitoma, namun dinafikan Livakovic.

Daichi Kamada menyaksikan percubaannya tersasar beberapa minit sebelum Maeda meletakkan Jepun di depan pada minit ke-43 selepas mendapat hantara Ritsu Doan.

Pemain Croatia, Andrej Kramaric (tengah) menjaringkan gol penyamaan ketika aksi pusingan 16 terakhir Piala Dunia menentang Jepun di Stadium Al Janoub, Al Wakrah, Qatar. - Foto REUTERS

Reaksi pemain pertahanan Jepun, Hiroki Sakai sebak tewas kepada Croatia. - Foto AFP

Penyerang Croatia, Ivan Perisic yang dinafikan penjaga gol Jepun, Shuichi Gonda pada awal permainan, menyamakan kedudukan 10 minit selepas rehat dengan menanduk hantaran lintang Dejan Lovren.

Croatia akan berdepan Brazil atau Korea Selatan pada aksi suku akhir. - REUTERS

Pemain Jepun, Daizen Maeda menjaringkan gol pertama ketika aksi pusingan 16 terakhir Piala Dunia menentang Croatia di Stadium Al Janoub, Al Wakrah, Qatar. - Foto REUTERS

Pemain Croatia meraikan kejayaan layak ke suku akhir selepas menang menerusi sepakan penalti. - Foto REUTERS

Reaksi pemain Jepun selepas gagal menerusi sepakan penalti. - Foto AP

Reaksi sebahagian penyokong Croatia. - Foto EPA

Berita Harian X