Isnin, 5 Disember 2022 | 5:16am
Penyerang England, Harry Kane meraikan jaringan kedua buat pasukannya ketika menentang Senegal di Stadium Al Bayt dekat Al Khor, Qatar. - REUTERS/
Penyerang England, Harry Kane meraikan jaringan kedua buat pasukannya ketika menentang Senegal di Stadium Al Bayt dekat Al Khor, Qatar. - REUTERS/

England ke suku akhir

AL KHOR, Qatar: England melebarkan rekod tanpa kalah menentang pasukan Afrika selepas melakar kemenangan 3-0 ke atas Senegal, sebentar tadi.

Ia termasuk gol pertama di Piala Dunia kali ini daripada kapten, Harry Kane dengan mereka membentuk pertembungan suku akhir berdepan juara bertahan, Perancis.

England pada mulanya kelihatan bergelut menentang Senegal dalam pertemuan pertama kedua-dua negara itu, dengan tindakan menyelamat dilakukan Jordan Pickford untuk menghalang Boulaye Dia daripada memberikan jaringan pembukaan yang mengejutkan kepada pasukan Afrika itu.

Namun, Jordan Henderson menenangkan England pada minit ke-38 apabila meletakkan bola ke dalam gawang selepas menerima umpanan menarik Jude Bellingham.

Reaksi Jordan Henderson (kiri) meraikan gol jaringannya bersama Jude Bellingham. - Foto EPA
Reaksi Jordan Henderson (kiri) meraikan gol jaringannya bersama Jude Bellingham. - Foto EPA

Kane melepaskan rembatan deras untuk menewaskan penjaga gol, Edouard Mendy menerusi sepakan terakhir di separuh masa pertama, meletakkan dia satu gol di belakang rekod Wayne Rooney yang meledak 53 gol untuk England.

Pemain sayap lincah, Bukayo Saka menyumbang gol ketiga dengan penyudah menarik untuk menewaskan Mendy selepas menerima hantaran lintang Phil Foden pada minit ke-57.

Pesta gol England di Qatar - 12 gol setakat ini - menyamai jumlah Piala Dunia terbaik mereka sebelum ini di Russia 2018 apabila mara ke separuh akhir.

Mereka menjaringkan 11 gol ketika memenangi Piala Dunia pada tahun 1966. - REUTERS

Bukayo Saka (kiri) menjaringkan gol ketiga England. - Foto Reuters
Bukayo Saka (kiri) menjaringkan gol ketiga England. - Foto Reuters

Pemain tengah England, Jack Grealish (kiri) mengasak Formose Mendy. - Foto AFP
Pemain tengah England, Jack Grealish (kiri) mengasak Formose Mendy. - Foto AFP

Penyokong England meraikan kejayaan di London. - Foto Reuters
Penyokong England meraikan kejayaan di London. - Foto Reuters

Reaksi Harry Kane selepas menjaringkan gol kedua England. - Foto AP
Reaksi Harry Kane selepas menjaringkan gol kedua England. - Foto AP

Berita Harian X