DOHA: Dua gol hebat Kylian Mbappe membawa juara bertahan, Perancis ke suku akhir Piala Dunia hari ini.
Bintang Paris Saint-Germain, Mbappe meledak dua gol pada babak kedua ketika Perancis mencipta kemenangan 3-1 mengatasi Poland.
Penyerang veteran, Olivier Giroud membuka jaringan buat Les Bleus menerusi gol ke-52 peringkat antarabangsa seterusnya mengatasi rekod sepanjang zaman Thierry Henry bersama Perancis.
Bagaimanapun bintang pada aksi di Stadium Al Thumama dekat Doha pastinya pemain berusia 23 tahun, Mbappe yang kini mengumpul sembilan gol pada dua edisi Piala Dunia.
"Ia bukanlah mudah kerana Poland sangat teratur dan cuba menyerang balas pantas," kata jurulatih Perancis, Didier Deschamps.
"Kemudian ada Kylian dengan kebolehan menyelesaikan pelbagai jenis masalah, dan itu bagus untuk kami.
"Pasukan ini sudah bersatu sejak awal dan jelas keputusan seperti ini hanya mengesahkan perkara itu. Keseronokan dikongsi semua orang."
Jaringan tunggal Poland hadir menerusi sepakan penalti pada tambahan masa dengan penyerang, Robert Lewandowski menyempurnakannya selepas bola terkena tangan Dayot Upamecano.
Perancis menyasarkan untuk menjadi pasukan pertama menang Piala Dunia berturut-turut selepas Brazil pada 1958 dan 1962 susulan menerajui Kumpulan D di Qatar. - AFP
Mbappe second Goal against Poland.
This boy got magic in his boots ️️ pic.twitter.com/uDjSA27OHO— Truthteller (@Truthte83602973) December 4, 2022