Jumaat, 2 Disember 2022 | 5:19am
Pemain Jepun dikelilingi jurugambar yang mahu merakam detik kejayaan mereka mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia selepas menewaskan Sepanyol 2-1 di Stadium Antarabangsa Khalifa. - AP
Pemain Jepun dikelilingi jurugambar yang mahu merakam detik kejayaan mereka mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia selepas menewaskan Sepanyol 2-1 di Stadium Antarabangsa Khalifa. - AP

Jepun buat Sepanyol terkedu

DOHA: Ritsu Doan dan Ao Tanaka memberikan Jepun kemenangan 2-1 ke atas Sepanyol dalam saingan Kumpulan E yang menyaksikan kedua-dua pasukan mara ke pusingan 16 terakhir.

Penyerang Sepanyol, Alvaro Morata menanduk masuk gol menewaskan penjaga gol Jepun, Shuichi Gonda pada aksi Piala Dunia di Stadium Antarabangsa Khalifa. - REUTERS Pool via REUTERS/Ryan Pierse
Penyerang Sepanyol, Alvaro Morata menanduk masuk gol menewaskan penjaga gol Jepun, Shuichi Gonda pada aksi Piala Dunia di Stadium Antarabangsa Khalifa. - REUTERS Pool via REUTERS/Ryan Pierse

Jepun mara sebagai juara kumpulan dan akan bertemu Croatia, manakala Sepanyol, yang layak berdasarkan perbezaan jaringan berbanding Jerman, akan bertemu Maghribi.

Penyerang Alvaro Morata meletakkan Sepanyol di depan pada minit ke-12 apabila dia menanduk hantaran lintang Cesar Azpilicueta untuk gol ketiganya dalam tiga perlawanan Piala Dunia kali ini.

Gol kedua Jepun yang mencetuskan kontroversi apabila bola hantaran Kaoru Mitoma dikatakan sudah melepasi garisan sebelum ia disudahkan Ao Tanaka untuk gol kemenangan skuad Samurai Biru. - AP
Gol kedua Jepun yang mencetuskan kontroversi apabila bola hantaran Kaoru Mitoma dikatakan sudah melepasi garisan sebelum ia disudahkan Ao Tanaka untuk gol kemenangan skuad Samurai Biru. - AP

Jepun menyamakan kedudukan tiga minit selepas babak kedua bersambung menerusi pemain sayap, Doan yang merembat bola dari luar kotak penalti.

Pemain tengah, Tanaka menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-51, jaringan yang terpaksa dirujuk kepada Video Bantuan Pengadil (VAR) untuk pengesahan. - REUTERS

Berita Harian X