Khamis, 1 Disember 2022 | 11:15am
Penyerang Portugal, Andre Silva menyertai sesi latihan di Qatar National Convention Center (QNCC) dekat Doha, menjelang pertemuan dengan Korea Selatan. - EPA
Penyerang Portugal, Andre Silva menyertai sesi latihan di Qatar National Convention Center (QNCC) dekat Doha, menjelang pertemuan dengan Korea Selatan. - EPA

Ronaldo lalui "latihan pemulihan spesifik"

DOHA: Cristiano Ronaldo tidak berlatih dengan rakan sepasukan Portugal semalam, menjelang pertembungan terakhir peringkat kumpuan menentang Korea Selatan.

Penyerang Portugal berusia 37 tahun itu, melakukan "latihan pemulihan spesifik" menurut sumber daripada Persekutuan Bolasepak Portugal.

Ronaldo, yang masih tiada kelab sejak meninggalkan Manchester United ketika kejohanan, menjaringkan penalti ketika negaranya menewaskan Ghana.

Cristiano Ronaldo. - Foto AFP
Cristiano Ronaldo. - Foto AFP

Portugal menewaskan Uruguay 2-0 pada perlawanan kedua untuk layak ke kelompok 16 terakhir dengan Ronaldo mendakwa gol itu jaringannya namun ia diberikan kepada rakan sepasukan, Bruno Fernandes.

Satu mata berdepan Korea Selatan esok sudah cukup untuk memastikan tempat mereka selaku pendahulu kumpulan, malah mereka juga boleh tewas namun tetap di kedudukan teratas jika Ghana mencicirkan mata atau menang tetapi tidak mengubah defisit tiga gol.

Dalam sebahagian latihan Portugal disaksikan AFP, penyerang 21 tahun Benfica, Goncalo Ramos menyertai 10 pemain biasa dalam latihan selepas ketiadaan Ronaldo.

Sekiranya Ronaldo tidak beraksi menentang Korea Selatan, Ramos, penyerang RB Leipzig, Andre Silva atau bintang AC Milan, Rafael Leao pasti akan diberikan peluang memulakan permainan.

"Saya bersedia untuk berada di padang, sama seperti pemain lain yang boleh beraksi," kata Silva dalam sidang akhbar.

"Terpulang kepada jurulatih untuk memilih. Terpulang kepada saya untuk bersedia, dan saya yakin sudah bersedia." - AFP

Berita Harian X