Khamis, 1 Disember 2022 | 5:24am
Pemain Argentina, Julian Alvarez meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol kedua pasukannya ketika menewaskan Poland 2-0 dalam aksi Kumpulan C Piala Dunia 2022 di Stadium 974, Doha. - Foto REUTERS
Pemain Argentina, Julian Alvarez meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol kedua pasukannya ketika menewaskan Poland 2-0 dalam aksi Kumpulan C Piala Dunia 2022 di Stadium 974, Doha. - Foto REUTERS
Perancang Argentina, Lionel Messi merebut bola dengan penyerang Poland, Robert Lewandowski dalam aksi Kumpulan C Piala Dunia 2022 di Stadium 974, Doha. Argentina menang 2-0. - Foto AP
Perancang Argentina, Lionel Messi merebut bola dengan penyerang Poland, Robert Lewandowski dalam aksi Kumpulan C Piala Dunia 2022 di Stadium 974, Doha. Argentina menang 2-0. - Foto AP

Argentina tiada masalah tewaskan Poland

DOHA: Lionel Messi menyaksikan sepakan penaltinya diselamatkan, tetapi Argentina tetap mara ke pusingan 16 terakhir sebagai juara Kumpulan C Piala Dunia selepas kemenangan 2-0 ke atas Poland.

Poland turut mara sebagai naib juara kumpulan berdasarkan perbezaan jaringan dengan Mexico yang menewaskan Arab Saudi 2-1.

Jaringan minit ke-46 Alexis Mac Allister meredakan ketegangan Argentina selepas buntu mencari gol di babak pertama.

Julian Alvarez menambah jaringan 20 minit kemudian.

Messi berkata, kemenangan 2-0 ke atas Mexico sebelum ini memberikan mereka ketenangan dan Argentina tidak sabar bertemu Australia pada pusingan kalah mati.

Lionel Messi diasak pemain Belanda, Frenkie de Jong pada aksi suku akhir Piala Dunia 2022 di Stadium Lusail, Doha, sebentar tadi. Argentina menang menerusi penentuan penalti dan akan bertemu dengan Croatia di separuh akhir. - Foto REUTERS

"Perlawanan menentang Australia akan menjadi sukar - sesiapa saja boleh menewaskan sesiapa. Ia seimbang, kami perlu melakukan persiapan sebaik mungkin, seperti selalu," kata Messi.

Sepanjang babak pertama, Argentina buntu untuk menewaskan penjaga gol, Wojciech Szczesny, termasuk menerusi sepakan penalti Messi.

Ia adalah sepakan penalti ke-31 Messi yang gagal disempurnakan sepanjang kariernya.

"Saya marah kerana gagal menyempurnakan penalti itu, tetapi pasukan tampil lebih kuat selepas kesilapan saya itu.

"Kami tahu sebaik gol pertama dijaringkan, ia akan mengubah rentak permainan," katanya.

Poland yang diterajui Robert Lewandowski akan bertemu Perancis di pusingan 16 terakhir.

"Ia bukan perlawanan untuk penyerang, tetapi saya tahu ia akan jadi begini.

"Bagi saya, ia tetap satu kejayaan untuk Poland. Tidak ada sesiapa akan mengingati situasi perlawanan ini - kami akan bersiap untuk bertemu Perancis," kata Lewandowski. - AFP

Berita Harian X