Khamis, 1 Disember 2022 | 1:16am
Pemain Tunisia, Wahbi Khazri (tengah) meraikan jaringan buat pasukannya ketika menentang Perancis dalam aksi Kumpulan D Piala Dunia 2022 di Stadium Education City, sebentar tadi. Tunisia menang 1-0. - Foto REUTERS

Juara dunia Perancis dikejutkan Tunisia

AL RAYYAN: Pemain kelahiran Perancis, Wahbi Khazri menjaringkan gol tunggal permainan ketika Tunisia mengejutkan juara bertahan Piala Dunia, Perancis 1-0 di Stadium Education City.

Bagaimanapun, kemenangan itu tidak mencukupi buat Tunisia untuk menyertai Perancis ke pusingan 16 terakhir apabila Australia menewaskan Denmark 1-0 dalam satu lagi perlawanan Kumpulan D.

Khazri menjaringkan gol pada minit ke-58 untuk kemenangan ketiga Tunisia dalam enam penampilan di Piala Dunia.

Perancis, yang melakukan sembilan pertukaran ke atas skuad yang menewaskan Denmark, sudah mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati sebagai juara kumpulan berdasarkan perbezaan gol dengan Australia.

Mbappe, Gakpo, Morata, Rashford dan Valencia antara pemain yang menjaringkan gol terbanyak pada Piala Dunia edisi kali ini dengan masing-masing sebanyak tiga gol setakat ini. - Foto EPA
Mbappe, Gakpo, Morata, Rashford dan Valencia antara pemain yang menjaringkan gol terbanyak pada Piala Dunia edisi kali ini dengan masing-masing sebanyak tiga gol setakat ini. - Foto EPA

Pada aksi terakhir kumpulan itu, Perancis hampir menyamakan kedudukan di saat akhir apabila Antoine Griezmann menjaringkan gol, namun dibatalkan pengadil kerana pemain itu terlebih dulu berada di kedudukan ofsaid.

Perancis akan bertemu naib juara Kumpulan C, yang akan ditentukan pada perlawanan selepas ini. - REUTERS

Berita Harian X