Rabu, 30 November 2022 | 1:15am
Pemain Senegal, Kalidou Koulibaly meraikan jaringan kedua bersama rakan pasukan dalam aksi Kumpulan A Piala Dunia 2022 antara Senegal dan Ecuador. Senegal menang 2-1. - Foto REUTERS
Pemain Senegal, Kalidou Koulibaly meraikan jaringan kedua bersama rakan pasukan dalam aksi Kumpulan A Piala Dunia 2022 antara Senegal dan Ecuador. Senegal menang 2-1. - Foto REUTERS

Koulibaly bantu Senegal lolos ke pusingan 16 terbaik

DOHA: Jaringan babak kedua kapten Kalidou Koulibaly memberikan Senegal kemenangan 2-1 ke atas Ecuador, sekali gus membawa pasukan Afrika itu ke pusingan kalah mati Piala Dunia buat kali kedua.

Koulibaly meledak gol kemenangan pada minit ke-70, tiga minit selepas Moises Caicedo menyamakan kedudukan untuk Ecuador.

Ismaila Sarr menyempurnakan sepakan penalti di babak pertama untuk meletakkan Senegal di depan dalam aksi terakhir Kumpulan A itu.

Senegal kini di tangga kedua dengan enam mata, satu di belakang Belanda yang menewaskan tuan rumah Qatar 2-0.

Seramai 39 orang terbunuh manakala lebih 100 lagi cedera apabila dua bas bertembung dalam kemalangan di wilayah Kaffrine tengah Senegal. - Foto AP
Seramai 39 orang terbunuh manakala lebih 100 lagi cedera apabila dua bas bertembung dalam kemalangan di wilayah Kaffrine tengah Senegal. - Foto AP

Ecuador, yang hanya perlu seri untuk layak ke pusingan 16 terakhir buat kali kedua selepas edisi 2006, menamatkan saingan di tangga ketiga pada empat mata.

Senegal yang mara ke suku akhir Piala Dunia 2002 akan berdepan juara Kumpulan B yang menampilkan England, Iran, Amerika Syarikat dan Wales. - REUTERS

Berita Harian X