Isnin, 28 November 2022 | 8:33pm
Pemain Cameroon, Vincent Aboubakar (kiri) menjaringkan kedua pasukannya pada aksi Piala Dunia bagi Kumpulan G menentang Serbia di Stadium Al Janoub, Al Wakrah, Qatar, sebentar tadi. - Foto AP
Pemain Cameroon, Vincent Aboubakar (kiri) menjaringkan kedua pasukannya pada aksi Piala Dunia bagi Kumpulan G menentang Serbia di Stadium Al Janoub, Al Wakrah, Qatar, sebentar tadi. - Foto AP

Cameroon bangkit ikat Serbia

AL WAKRAH, Qatar: Pemain gantian, Vincent Aboubakar muncul penyelamat Cameroon dengan meledak satu gol menarik dan membantu satu lagi jaringan ketika pasukannya bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Serbia 3-3 dalam saingan Kumpulan G di sini, sebentar tadi.

Keputusan seri dalam aksi di Stadium Al Janoub itu menghidupkan peluang tipis buat kedua-dua pasukan untuk meneruskan persaingan di Piala Dunia 2022.

Pemain Serbia, Strahinja Pavlovic dan Sergej Milinkovic-Savic menjaringkan gol pada masa kecederaan babak pertama dan Aleksandar Mitrovic menyumbang gol selepas rehat untuk memadam gol pembukaan Cameroon yang dihasilkan Jean-Charles Castelletto.

Pemain Serbia, Strahinja Pavlovic (kiri) bersaing dengan pemain Cameroon, Karl Toko Ekambi dalam aksi di Stadium Al Janoub, Al Wakrah, Qatar. - Foto AFP
Pemain Serbia, Strahinja Pavlovic (kiri) bersaing dengan pemain Cameroon, Karl Toko Ekambi dalam aksi di Stadium Al Janoub, Al Wakrah, Qatar. - Foto AFP

Pemain Serbia, Sergej Milinkovic-Savic (kiri) bersaing dengan pemain Cameroon, Andre-Frank Zambo Anguissa. - Foto AFP
Pemain Serbia, Sergej Milinkovic-Savic (kiri) bersaing dengan pemain Cameroon, Andre-Frank Zambo Anguissa. - Foto AFP

Aboubakar dimasukkan pada minit ke-55 dan merapatkan kedudukan buat Cameroon dengan melakukan sepakan lambung menarik untuk memerangkap penjaga gol pada minit ke-63 sebelum dia membantu Eric Maxim Choupo-Moting meledak gol penyamaan tiga minit kemudian.

Keputusan seri menamatkan rentetan lapan kekalahan berturut-turut di kejohanan Piala Dunia buat pasukan Afrika itu.

Kedua-dua pasukan itu mengumpul satu mata dan perlu memenangi perlawanan terakhir Kumpulan G untuk mengekalkan peluang mara ke peringkat kalah mati, dengan Cameroon akan berdepan Brazil, Sabtu ini manakala Serbia menentang Switzerland. - REUTERS

Pemain Cameroon, Eric Maxim Choupo-Moting (kanan) jaringkan gol ketiga pasukan ketika aksi menentang Serbia di Stadium Al Janoub Stadium, Al Wakrah, Qatar. - Foto EPA
Pemain Cameroon, Eric Maxim Choupo-Moting (kanan) jaringkan gol ketiga pasukan ketika aksi menentang Serbia di Stadium Al Janoub Stadium, Al Wakrah, Qatar. - Foto EPA

Berita Harian X