Sabtu, 26 November 2022 | 11:20pm
Pasukn JDT, menjuarai pada perlawanan akhir Piala Malaysia Selangor bertemu Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Bukit Jalil. - Foto Aswadi Alias

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meraikan kemenangan bersama pemain JDT selepas berjaya menjuarai pada perlawanan akhir Piala Malaysia Selangor bertemu Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Bukit Jalil. NSTP/ASWADI ALIAS.

Piala Malaysia milik JDT

KUALA LUMPUR: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menyapu bersih trofi saingan bola sepak tempatan musim ini selepas menewaskan Selangor 2-1 dalam aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jali, sebentar tadi

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meraikan kemenangan bersama pemain JDT selepas berjaya menjuarai pada perlawanan akhir Piala Malaysia Selangor bertemu Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Bukit Jalil. NSTP/ASWADI ALIAS.
Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meraikan kemenangan bersama pemain JDT selepas berjaya menjuarai pada perlawanan akhir Piala Malaysia Selangor bertemu Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Bukit Jalil. NSTP/ASWADI ALIAS.

Pemain JDT berarak Piala Malaysia selepas berjaya menjuarai pada perlawanan akhir Piala Malaysia Selangor bertemu Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Bukit Jalil. NSTP/ASWADI ALIAS.

Ia menyaksikan skuad utama JDT mencipta sejarah memenangi kejuaraan treble buat kali pertama, selain Harimau Selatan turut muncul pasukan sulung memenangi empat trofi dalam satu musim termasuk Piala Sumbangsih.

Pemain JDT, Arif Aiman diasak pemain Selangor, Muhammad Fazly Mazlan pada perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT dan Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, sebentar tadi. JDT menang 2-1. - Foto NSTP/AIZUDDIN SAAD

Kemenangan itu juga membolehkan JDT menebus kekecewaan tewas 2-0 di tangan Kuala Lumpur City pada final tahun lalu, selain mengekalkan status pasukan paling kebal apabila tidak kalah dalam semua pertandingan tempatan sepanjang musim ini.

Lebih manis, semua trofi kejohanan domestik yang dipertandingkan musim ini berada di bumi Johor selepas pasukan 'adik', JDT II turut memenangi saingan Liga Perdana musim ini.

Dalam aksi final sebentar tadi, Selangor dilihat mempamerkan aksi luar jangka di hadapan hampir 80,000 penonton apabila berjaya menyaingi skuad 'elit' JDT dan berjaya berada di depan menerusi jaringan penalti Herlison Caion pada minit ke-45.

Antara penyokong JDT yang hadir memberi sokongan kepada pasukan pada Perlawanan Piala Malaysia 2022 Akhir pasukan JDT menentang pasukan Selangor FC di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. - Foto BERNAMA

Kedudukan itu bagaimanapun hanya bertahan kira-kira dua minit apabila mesin gol JDT, Bergson Da Silva meledak gol penyamaan pada masa kecederaan babak pertama dengan menanduk masuk bola sepakan sudut Arif Aiman Hanapi.

Aksi pemain JDT Bergson Gustavo Silveira Da Silva yang diasak pemain Selangor pada Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2022 antara JDT bertemu Selangor FC di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. - Foto BERNAMA

Stadium Nasional sekali lagi gamat dengan sorakan penyokong JDT pada minit ke-59 apabila pemain import berprofil tinggi, Fernando Forestieri meledak gol kedua Harimau Selatan menerusi satu rembatan deras di dalam kotak penalti.

Selangor cuba bangkit memburu gol penyamaan, namun gagal memanfaatkan beberapa peluang dan kedudukan 2-1 memihak JDT kekal hingga wisel penamat.

Ia juga adalah kejuaraan Piala Malaysia kali ketiga yang dimenangi JDT selepas turut menjulang trofi berprestij itu pada 2017 dan 2019.

Berita Harian X