Sabtu, 26 November 2022 | 7:26am
Virgil van Dijk (kiri) bersalaman dengan jurulatih Belanda, Louis van Gaal selepas pertemuan dengan Ecuador di Stadium Antarabangsa Khalifa dekat Doha, Qatar. - EPA
Virgil van Dijk (kiri) bersalaman dengan jurulatih Belanda, Louis van Gaal selepas pertemuan dengan Ecuador di Stadium Antarabangsa Khalifa dekat Doha, Qatar. - EPA

Van Dijk sedar Belanda belum berada di tahap terbaik

DOHA: Kapten Belanda, Virgil van Dijk menegaskan pasukannya akan meningkat pada Piala Dunia selepas persembahan hambar seri 1-1 berdepan Ecuador awal pagi tadi menyebabkan mereka perlu menunggu bagi memastikan tempat ke kelompok 16 terakhir.

"Sudah tentu, ia agak jelas," kata Van Dijk ketika ditanya sama ada Belanda perlu melakukan lebih baik selepas keputusan seri di Stadium Antarabangsa Khalifa yang meneruskan rentetan tanpa kelah mereka kepada 17 perlawanan.

"Saya rasa kami perlu tunjukkan tahap lebih tinggi – kami tidak tewas (17 perlawanan) jadi ada sebab untuk itu.

"Kami tahu dalam kawalan bola, kami boleh jadi lebih bagus, tapi kami baharu di permulaan kejohanan. Kami akan meningkat."

Kapten Belanda, Virgil Van Dijk (kanan) mengekang pemain Ecuador, Michael Estrada. - Foto EPA
Kapten Belanda, Virgil Van Dijk (kanan) mengekang pemain Ecuador, Michael Estrada. - Foto EPA

Belanda mendahului menerusi Cody Gakpo pada awal permainan tapi itu hanya satu cubaan mereka ke arah gol dan bernasib baik tidak dibolosi lagi selepas Enner Valencia menyamakan kedudukan buat Ecuador pada permulaan babak kedua.

Skuad kendalian Louis van Gaal kini akan ke perlawanan terakhir menentang Qatar yang sudah tersingkir dengan empat mata manakala Ecuador memerlukan seri bagi memastikan tempat ke pusingan seterusnya.

"Kini masa untuk pulih. Kami ada semuanya dalam tangan. Kami perlu bersedia buat Qatar dan menunjukkan persembahan yang sangat bagus di sana dan saya harap kami menang," kata Van Dijk.

Sementara itu, rakan sepasukan Liverpool itu, Nathan Ake mengakui Ecuador lebih bagus pada babak kedua selepas menyamakan kedudukan.

"Hari ini sekali lagi kami tidak bermain bagus pada penghujung dan kami gembira dengan satu mata," kata Ake selepas kemenangan 2-0 dicapai mereka menentang Senegal. - AFP

Pemain Ecuador, Gonzalo Plata (kanan) cuba melepasi asakan kapten Belanda, Virgil van Dijk. - Foto EPA
Pemain Ecuador, Gonzalo Plata (kanan) cuba melepasi asakan kapten Belanda, Virgil van Dijk. - Foto EPA

Berita Harian X