Sabtu, 26 November 2022 | 2:09am
Pemain Belanda, Cody Gakpo (kiri) menjaringkan gol pertama pasukannya ketika menentang Ecuador dalam aksi Kumpulan A Piala Dunia di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha. - Foto REUTERS
Pemain Belanda, Cody Gakpo (kiri) menjaringkan gol pertama pasukannya ketika menentang Ecuador dalam aksi Kumpulan A Piala Dunia di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha. - Foto REUTERS

Belanda, Ecuador terikat 1-1

DOHA: Ecuador bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Belanda 1-1 dalam aksi Kumpulan A Piala Dunia di Stadium Ahmad bin Ali sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan tuan rumah, Qatar, yang tewas dua perlawanan berturut-turut, menjadi pasukan pertama gagal ke pusingan kalah mati.

Qatar juga mengikut jejak langkah Afrika Selatan sebagai pasukan tuan rumah kedua yang gagal melepasi saingan peringkat kumpulan.

Penyerang Ecuador, Enner Valencia menjaringkan gol penyamaan ketika aksi Kumpulan A Piala Dunia menentang Belanda di Stadium Ahmad bin Ali, Doha. - Foto AFP
Penyerang Ecuador, Enner Valencia menjaringkan gol penyamaan ketika aksi Kumpulan A Piala Dunia menentang Belanda di Stadium Ahmad bin Ali, Doha. - Foto AFP

Dalam aksi sebentar tadi, Belanda mendahului permainan menerusi Cody Gakpo yang mendapat hantaran daripada Davy Klaassen pada minit keenam.

Ecuador bangkit di babak kedua dengan menyamakan kedudukan menerusi Enner Valencia hanya empat minit selepas rehat.

Pertahanan Belanda, Virgil van Dijk mengasak penyerang Ecuador, Enner Valencia ketika aksi Kumpulan A Piala Dunia di Stadium Ahmad bin Ali, Doha. - Foto REUTERS
Pertahanan Belanda, Virgil van Dijk mengasak penyerang Ecuador, Enner Valencia ketika aksi Kumpulan A Piala Dunia di Stadium Ahmad bin Ali, Doha. - Foto REUTERS

Valencia kini menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan tiga gol, tetapi terpaksa membayar harga mahal selepas mengutip kecederaan di akhir permainan.

Belanda dan Ecuador kini mendahului kumpulan dengan empat mata, diikuti Senegal tiga mata dan Qatar tanpa sebarang mata. - AGENSI

Berita Harian X