Jumaat, 25 November 2022 | 8:37pm
Aksi Pemain Iran ketika menentang Wales pada perlawanan Piala Dunia bagi Kumpulan B di Stadium Ahmad Bin Ali, Al Rayyan, Qatar, sebentar tadi. Iran menang 2-0. - Foto REUTERS.

Giliran Iran cipta sensasi di Piala Dunia

AL RAYYAN, Qatar: Iran meledak dua gol pada penghujung masa kecederaan di sini, sebentar tadi untuk menghidupkan harapan mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2022 buat kali pertama.

Skuad kendalian Carlos Queiroz meraih kemenangan 2-0 ke atas Wales dalam perlawanan di Stadium Ahmad Bin Ali Al Rayyan yang mendebarkan selepas lawannya itu terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Wales yang kekurangan seorang pemain selepas penjaga gol mereka, Wayne Hennessey dibuang padang pada lewat perlawanan kelihatan berjaya menepis serangan bertali arus Iran dalam pertembungan Kumpulan B itu.

Aksi Pemain Iran ketika menentang Wales pada perlawanan Piala Dunia bagi Kumpulan B di Stadium Ahmad Bin Ali, Al Rayyan, Qatar, sebentar tadi. Iran menang 2-0. - Foto REUTERS.
Aksi Pemain Iran ketika menentang Wales pada perlawanan Piala Dunia bagi Kumpulan B di Stadium Ahmad Bin Ali, Al Rayyan, Qatar, sebentar tadi. Iran menang 2-0. - Foto REUTERS.

Hennessey dilayangkan kad merah susulan aksi berbahaya apabila dia keluar dari posisinya dan mengasari pemain lawan, Mehdi Taremi.

Peluang itu berjaya dimanfaatkan Iran dengan pemain gantian Rouzbeh Cheshmi dan Ramin Rezaeian menjadi wira skuad itu apabila meledak gol dalam masa kecederaan.

- REUTERS

Aksi Pemain Iran ketika menentang Wales pada perlawanan Piala Dunia bagi Kumpulan B di Stadium Ahmad Bin Ali, Al Rayyan, Qatar, sebentar tadi. Iran menang 2-0. - Foto AP

Berita Harian X