Khamis, 24 November 2022 | 10:08am
Kapten Senegal, Kalidou Koulibaly (kiri) bersaing dengan pemain Belanda, Matthijs De Ligt ketika aksi Kumpulan A saingan Piala Dunia di Stadium Al-Thumama, Doha pada 21 November lalu. Senegal tewas 0-2. - Foto AFP
Kapten Senegal, Kalidou Koulibaly (kiri) bersaing dengan pemain Belanda, Matthijs De Ligt ketika aksi Kumpulan A saingan Piala Dunia di Stadium Al-Thumama, Doha pada 21 November lalu. Senegal tewas 0-2. - Foto AFP

Kapten Senegal cabar pemain muda pasukannya bangkit

DOHA: Kapten Senegal, Kalidou Koulibaly mencabar rakan sepasukan muda pasukan itu untuk menampilkan persembahan lebih bagus dalam perlawanan berikutanya di Piala Dunia menentang tuan rumah, Qatar ketika juara Afrika itu mahu menghidupkan kembali peluang mereka.

Koulibaly berkata dia masih percaya Senegal boleh mara ke pusingan seterusnya walaupun memulakan kempen Kumpulan A tewas 2-0 kepada Belanda Isnin lalu.

"Kami masih ada keazaman kuat kerana kami tahu ada sesuatu yang kami boleh capai pada Piala Dunia dan masih percaya dengan peluang kami," katanya.

"Pemain muda kami perlu menunjukkan diri mereka dalam dua lagi aksi berikutnya. Mereka perlu berada dalam prestasi terbaik untuk ditonjolkan dalam perlawanan besar yang akan kami hadapi menentang Qatar."

Kedua-dua juara benua itu akan bertemu di Stadium Al Thumama Stadium esok selepas tewas aksi pembukaan Kumpulan A.

Qatar tewas 2-0 di tangan Ecuador pada aksi pembukaan dan Koulibaly berkata ia "perkara kecil" yang menyebabkan Senegal kalah berdepan Belanda apabila mereka melepaskan dua gol lewat permainan.

"Kami sepatutnya boleh seri berdepan Belanda. Kami tahu ia akan ditentukan dengan hanya kesilapan kecil. Ketika kami kehilangan Cheikhou Kouyaté kerana kecederaan, oa menjadi sukar. Hilang pemain seperti itu pada pertengahan perlawanan adalah mencabar.

"Bagaimanapun kami cuba bermain sebaik mungkin. Adalah sesuatu yang merugikan apabila kami tidak dapat menjaringkan gol pertama kerana kami sudah ada peluang. Kini kami ada dua lagi perlawanan. Kami akan berikan apa sahaja berdepan Qatar tuntuk mendapatkan aksi penentuan berdepan Ecuador," kata pertahanan Chelsea berusia 31 tahun itu.

- REUTERS

Berita Harian X