Rabu, 23 November 2022 | 6:13am
Penyerang Perancis, Kylian Mbappe (kanan) cuba melakukan rembatan sambil dihalang pertahanan Australia, Harry Souttar dalam aksi Kumpulan D Piala Dunia 2022 di Stadium Al-Janoub Al-Wakrah, Doha. Perancis menang 4-1. - Foto AFP

Giroud, Mbappe bantu Perancis benam Australia

DOHA: Olivier Giroud menjaringkan dua gol untuk menyamai rekod penjaring terbanyak Perancis, ketika mereka bangkit daripada ketinggalan menewaskan Australia 4-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan D Piala Dunia 2022.

Sumpahan perlawanan pertama sebagai juara bertahan turut diatasi Perancis walaupun pada awalnya ia seperti benar selepas Craig Goodwin meletakkan Australia di depan selepas sembilan minit aksi di Stadium Al Janoub bermula.

Perancis menyamakan kedudukan menerusi tandukan Adrien Rabiot yang kemudiannya membuat hantaran kepada jaringan Giroud untuk mereka mendahului 2-1 sebelum rehat.

Tandukan Kylian Mbappe pada minit ke-68 disusuli jaringan ke-51 Giroud untuk negaranya tiga minit kemudian, menyamai rekod jaringan sepanjang zaman Thierry Henry.

Skuad Les Bleus kendalian Didier Deschamps, yang mendahului Kumpulan D selepas Denmark dan Tunisia terikat tanpa jaringan, menamatkan badi permulaan hambar juara bertahan.

Penyerang Perancis, Olivier Giroud meraikan jaringan ketika pasukannya bertemu Poland di Stadium Al Thumama, Doha. - Foto AP
Penyerang Perancis, Olivier Giroud meraikan jaringan ketika pasukannya bertemu Poland di Stadium Al Thumama, Doha. - Foto AP

Itali, Sepanyol dan Jerman, masing-masing gagal memenangi perlawanan pertama ketika hadir sebagai juara bertahan. - REUTERS

Berita Harian X