Selasa, 22 November 2022 | 1:49am
Jack Grealish menunaikan janji kepada peminat muda yang menghidap Cerebral Palsy dengan meraikan golnya dalam perlawanan England menentang Iran pada aksi pembukaan Kumpulan B Piala Dunia 2022 di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha. - Foto AGENSI

Grealish rai jaringan untuk peminat hidap Cerebral Palsy

DOHA: Jack Grealish menunaikan janjinya kepada seorang peminat cilik yang menghidap penyakit kelumpuhan otak atau Cerebral Palsy dengan gaya meraikan jaringan selepas menjaringkan gol pertamanya di Piala Dunia untuk England ketika menentang Iran.

Grealish menjaringkan gol terakhir dalam kemenangan 6-2 di Stadium Antarabangsa Khalifa dan meraikannya dengan gaya seperti dijanjikan kepada peminat berkenaan, Finlay yang berusia 11 tahun.

Jack Grealish menunaikan janji kepada peminat muda yang menghidap Cerebral Palsy dengan meraikan golnya dalam perlawanan England menentang Iran pada aksi pembukaan Kumpulan B Piala Dunia 2022 di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha. - Foto AGENSI
Jack Grealish menunaikan janji kepada peminat muda yang menghidap Cerebral Palsy dengan meraikan golnya dalam perlawanan England menentang Iran pada aksi pembukaan Kumpulan B Piala Dunia 2022 di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha. - Foto AGENSI

Finlay bertemu dengan pemain tengah Manchester City itu selepas menulis surat kepadanya.

Adik perempuan Grealish, Holly juga menghidap Cerebral Palsy.

"Saya harap lebih ramai orang di dunia seperti anda yang melayan orang kurang upaya seperti orang biasa," tulis Finlay dalam surat itu.

Grealish, 27, menjawab surat berkenaan dan membuat kejutan dengan berjumpa Finlay dalam satu program amal anjuran City.

Dia kemudian berjanji akan meraikan jaringan seperti ditunjukkan Finlay dan Grealish merealisasikannya di Qatar.

"Pertama sekali saya kena cuba menjaringkan gol, kemudian saya akan lakukannya untuk anda.

"Tetapi, saya hanya menjaringkan satu gol musim ini. Saya akan melakukannya untuk anda, saya janji sebaik menjaringkan gol selepas ini," katanya kepada Finlay dalam program itu. - AFP

Berita Harian X