Isnin, 21 November 2022 | 2:04am
Pemain Ecuador, Enner Valencia menanduk masuk gol kedua pasukannya ketika aksi Kumpulan A Piala Dunia 2022 menentang Qatar di Stadium Al Bayt, Al Khor, Qatar. - Foto REUTERS
Pemain Ecuador, Enner Valencia menanduk masuk gol kedua pasukannya ketika aksi Kumpulan A Piala Dunia 2022 menentang Qatar di Stadium Al Bayt, Al Khor, Qatar. - Foto REUTERS

Valencia dinafikan hatrik lawan Qatar

AL KHOR: Ecuador menewaskan tuan rumah, Qatar 2-0 pada aksi pembukaan Piala Dunia 2022 di Stadium Al Bayt sebentar tadi.

Tuan rumah dikejutkan dengan jaringan minit kelima kapten Ecuador, Enner Valencia, namun dibatalkan pengadil kerana ofsaid selepas diberi isyarat oleh teknologi baharu yang diperkenalkan pada edisi Piala Dunia 2022.

Namun keseimbangan itu sekali lagi digoncang Ecuador apabila Valencia, yang meluru melepasi benteng Qatar, dijatuhkan oleh penjaga gol, Saad Al Sheeb yang turut menerima kad kuning kerana tindakannya itu.

Valencia dengan tenang menyempurnakan sepakan penalti untuk meletakkan Ecuador di depan pada minit ke-16.

Kapten Ecuador itu sekali lagi menemui sasaran apabila menanduk masuk hantaran lintang Angelo Preciado pada minit ke-31.

Pemain Ecuador, Enner Valencia (tengah) menjaringkan gol namun dibatalkan pengadil kerana ofsaid ketika aksi Kumpulan A Piala Dunia 2022 menentang Qatar di Stadium Al Bayt, Al Khor, Qatar. - Foto REUTERS

Penjaga gol Qatar, Saad Al-Sheeb menjatuhkan pemain Ecuador, Enner Valencia ketika aksi pembukaan Piala Dunia 2022 di Stadium Al Bayt, Al Khor, Qatar. - Foto REUTERS
Penjaga gol Qatar, Saad Al-Sheeb menjatuhkan pemain Ecuador, Enner Valencia ketika aksi pembukaan Piala Dunia 2022 di Stadium Al Bayt, Al Khor, Qatar. - Foto REUTERS

Qatar berpeluang merapatkan jurang sebelum rehat, namun Almoez Ali gagal menanduk tepat hantaran lintang Hassan Al-Haydos.

Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah kendalian Felix Sanchez memperkemaskan permainan dan berjaya mengekang asakan Ecuador yang dikendali Gustavo Alfaro.

Kumpulan A turut dibarisi Belanda dan Senegal yang akan bertemu di Stadium Al Thumama esok.

Penyokong Ecuador meraikan kejayaan selepas menang pada aksi pembukaan Piala Dunia 2022. - Foto AFP
Penyokong Ecuador meraikan kejayaan selepas menang pada aksi pembukaan Piala Dunia 2022. - Foto AFP

Penyokong Qatar. - Foto AFP
Penyokong Qatar. - Foto AFP

Majlis pembukaan Piala Dunia 2022

Menyaksikan perlawanan Piala Dunia menerusi tingkap di Souq Waqif, Doha. - Foto AFP
Menyaksikan perlawanan Piala Dunia menerusi tingkap di Souq Waqif, Doha. - Foto AFP

Orang awam menyaksikan perlawanan pembukaan Piala Dunia 2022 di sebuah restoran di Al Souq, Doha. - Foto AFP
Orang awam menyaksikan perlawanan pembukaan Piala Dunia 2022 di sebuah restoran di Al Souq, Doha. - Foto AFP

Berita Harian X