LONDON: Penyerang, Sardar Azmoun yang cedera dinamakan dalam skuad Piala Dunia Iran, semalam tetapi pemain tengah, Omid Ebrahimi diketepikan daripada senarai 25 pemain selepas mengalami kecederaan pangkal paha ketika aksi persahabatan Khamis lalu.
Azmoun, 27, mengalami kecederaan di betis kanan ketika memanaskan badan pada pertemuan antara Bayer Leverkusen dengan Porto dalam saingan Liga Juara-Juara 4 Oktober lalu.
Sejak itu, dia tidak lagi beraksi dalam sebarang perlawanan dengan kelab Jerman itu menjangkakan dia perlu berehat selama enam hingga lapan minggu.
Pemain tengah Al Wakrah, Ebrahimi pula mengalami kecederaan pangkal paha ketika aksi persabahatan menentang Nicaragua, Khamis lalu.
Tonggak berusia 35 tahun itu antara pemain paling menyerlah di bawah bimbingan Carlos Queiroz pada 2018 tetapi hanya membuat empat penampilan buat Iran sejak November 2019.
Mehdi Taremi yang menjadi tonggak utama Porto musim ini dengan menjaringkan 13 gol dalam 19 penampilan akan mengetuai jentera serangan Iran di Qatar.
Dia juga mungkin digandingkan bersama Azmoun sekiranya penyerang Leverkusen itu sempat pulih menjelang perlawanan pertama menentang England pada 21 November.
Iran akan bermain menentang Tunisia untuk aksi pemanas badan terakhir mereka di Doha sebelum bertemu England, Wales dan Amerika Syarikat dalam Kumpulan B kempen Piala Dunia. - REUTERS
Penjaga gol: Alireza Beiranvand (Persepolis), Amir Abedzadeh (Ponferradina), Seyed Hossein Hosseini (Esteghlal), Payam Niazmand (Sepahan).
Pertahanan: Ehsan Hajsafi (AEK Athens), Morteza Pouraliganji (Persepolis), Ramin Rezaeian (Sepahan), Milad Mohammadi (AEK Athens), Hossein Kanaanizadegan (Al Ahli), Shojae Khalilzadeh (Al Ahli), Sadegh Moharrami (Dinamo Zagreb), Rouzbeh Cheshmi (Esteghlal), Majid Hosseini (Kayserispor), Abolfazl Jalali (Esteghlal).
Tengah: Ahmad Noorollahi (Shabab Al Ahli), Saman Ghoddos (Brentford), Vahid Amiri (Persepolis), Saeid Ezatolahi (Vejle), Alireza Jahanbakhsh (Feyenoord), Mehdi Torabi (Persepolis), Ali Gholizadeh (Charleroi), Ali Karimi (Kayserispor).
Penyerang: Karim Ansarifard (Omonia Nicosia), Sardar Azmoun (Bayer Leverkusen), Mehdi Taremi (Porto).