Khamis, 10 November 2022 | 10:40pm
Pertahanan Manchester United, Harry Maguire yang bergelut dengan aksi di peringkat kelab terus menjadi kegemaran Southgate dalam skuad terbabit.
Pertahanan Manchester United, Harry Maguire yang bergelut dengan aksi di peringkat kelab terus menjadi kegemaran Southgate dalam skuad terbabit.

Maguire kekal taruhan Southgate

LONDON: Gareth Southgate menamakan senarai 26 pemain untuk membawa cabaran England ke Piala Dunia 2022.

Pengendali 'Three Lions' itu membuat keputusan sukar memilih 26 pemain daripada senarai awal 55 pemain.

England akan membuka kempen Kumpulan B di Piala Dunia berdepan Iran pada 21 November.

Mereka kemudiannya akan menentang Amerika Syarikat sebelum menutup kempen peringkat kumpulan berdepan jiran, Wales pada 29 November.

Harry Kane sekali lagi dipertanggungjawab untuk menerajui jentera serangan England dalam misi memburu trofi pertama buat Southgate.

Penyerang Spurs itu muncul penjaring terbanyak pada Piala Dunia 2018 di Russia.

Jordan Pickford bakal menjadi penjaga gawang utama buat England di Qatar.

Pertahanan Manchester United, Harry Maguire yang bergelut dengan aksi di peringkat kelab terus menjadi kegemaran Southgate dalam skuad terbabit. - AGENSI

Senarai penuh skuad Piala Dunia England

Penjaga gol: Jordan Pickford (Everton), Nick Pope (Newcastle), Aaron Ramsdale (Arsenal)

Pertahanan: Harry Maguire (Man Utd), John Stones (Man City), Kyle Walker (Man City), Luke Shaw (Man Utd), Kieran Trippier (Newcastle), Trent Alexander-Arnold ( Liverpool ), Eric Dier ( Tottenham ), Conor Coady (Everton), Ben White (Arsenal)

Tengah: Declan Rice ( West Ham ), Jude Bellingham (Borussia Dortmund), Jordan Henderson (Liverpool), Mason Mount ( Chelsea ), Kalvin Phillips (Man City), James Maddison ( Leicester ), Conor Gallagher (Chelsea)

Penyerang: Harry Kane (Tottenham), Phil Foden (Man City), Raheem Sterling (Chelsea), Marcus Rashford (Man Utd), Bukayo Saka (Arsenal), Jack Grealish (Man City), Callum Wilson (Newcastle)

Berita Harian X