Selasa, 8 November 2022 | 12:41pm
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp. - AFP
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp. - AFP

Klopp tak sabar nanti Real Madrid

LONDON: Juergen Klopp berkata dia menjangkakan "sesuatu yang istimewa" apabila Liverpool akan berdepan Real Madrid pada kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara selepas finalis musim lalu itu diundi berdepan satu sama lain semalam.

Real menewaskan Liverpool 1-0 pada Mei untuk menang gelaran kelab elit Eropah itu dengan rekod 14 kali selepas turut mengalahkan kelab dari Merseyside itu pada final 2017-18.

Pengurus Liverpool, Klopp, yang kelab bimbingannya layak selaku pasukan tangga kedua Kumpulan A di belakang Napoli, bergelut mencari prestasi dalam Liga Perdana, berkata pertemuan menentang Real ialah "aksi Liga Juara-Juara yang sepatutnya".

"Saya tahu kami sudah bermain menentang Real Madrid beberapa kali di final tapi jarang kami bertemu dalam aksi timbal balik, jadi kami tidak sabar menantinya," kata Klopp di laman sesawang Liverpool.

Liverpool yang akan menanti perlawanan pertama di Anfield pada Februari, menang mahkota Eropah keenam pada pada 2018-19 dan hanya Real dan AC Milan (tujuh kali) menang lebih banyak. Bayern Munich juga menang enam kali.

"Rekod Eropah Real adalah yang terbaik. Kami tahu mengenainya," kata Klopp. "Tapi kami tahu yang kami juga tidaklah terlalu buruk. Selain itu, kami tahu yang kami ada Anfield dan semua orang tahu apakah maknanya ia kepada kami.

"Perlawanan ini juga akan berlangsung beberapa bulan lagi dan saya boleh bayangkan suasana pada kedua-dua aksi itu." - REUTERS

Berita Harian X