Isnin, 31 Oktober 2022 | 10:49pm
JDT akan menentang Dortmund pada aksi persahabatan kelab antarabangsa pada 28 November ini.
JDT akan menentang Dortmund pada aksi persahabatan kelab antarabangsa pada 28 November ini.

JDT uji Dortmund 28 November

JOHOR BAHRU: Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) berpeluang menguji kemampuannya apabila dijadual bertemu kelab gergasi Jerman Borussia Dortmund, pada perlawanan persahabatan kelab antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim di sini, 28 November ini.

JDT menerusi hantaran dalam laman Facebook Johor Southern Tigers malam ini, bagaimanapun memaklumkan butiran lanjut mengenai perlawanan dengan kelab yang juga dikenali sebagai BVB itu, akan menyusul.

"Kelab Bolasepak JDT akan mengalu-alukan kunjungan Borussia Dortmund dalam perlawanan persahabatan kelab antarabangsa di Stadium Sultan Ibrahim pada 28 November.

"Butiran lanjut akan menyusul. Luaskan Kuasamu Johor," menurut hantaran itu hari ini. - BERNAMA

Berita Harian X