Selasa, 25 Oktober 2022 | 3:07pm
Bintang Liverpool, Luis Diaz menerima rawatan selepas cedera ketika aksi EPL menentang Arsenal di Stadium Emirates, London pada 9 Oktober lalu.- Foto REUTERS.
Bintang Liverpool, Luis Diaz menerima rawatan selepas cedera ketika aksi EPL menentang Arsenal di Stadium Emirates, London pada 9 Oktober lalu.- Foto REUTERS.

Liverpool cari doktor baharu

LIVERPOOL: Liverpool dilaporkan sedang mencari doktor baharu kelab susulan senarai kecederaan yang semakin panjang, dengan lapan pemain utama ketika ini tidak dapat beraksi.

The Reds tidak mempunyai ketua doktor sejak Jim Moxon meninggalkan kelab pada Ogos. Tugasnya diganti doktor akademi, Bevin McCartan, pegawai perubatan kelab, Sarah Lindsay serta ketua pemulihan dan persembahan, Andreas Schlumberger.

Liverpool yang dibelenggu masalah kecederaan, hanya memenangi empat daripada 11 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Luis Diaz, Joel Matip, Naby Keita, Ibrahima Konate, Darwin Nunez, Thiago Alcantara, Arthur Melo dan Diogo Jota semuanya tidak dapat beraksi akibat kecederaan ketika ini.

Liverpool juga kehilangan khidmat Alex Oxalde-Chamberlain, Curtis Jones, Andy Robertson, Jordan Henderson and Trent Alexander-Arnold pada satu ketika atas sebab yang sama.

Situasi itu memaksa Klopp mencari ketua doktor baharu bagi menyelesaikan masalah dihadapi skuad kendaliannya.

Secara keseluruhan, 19 pemain Liverpool terlepas sekurang-kurangnya satu perlawanan musim ini akibat faktor kecergasan.

Anak buah Klopp mengharungi kempen padat musim lalu, bermain 63 perlawanan selepas memenangi Piala FA dan Piala Liga serta mara ke final Liga Juara-Juara Eropah.

Jika mereka mara ke tiga final lagi tahun ini, mereka akan bermain 64 perlawanan musim ini - termasuk Piala Komuniti pada Julai.

Piala Dunia juga bermula bulan depan, dan mampu menambah tujuh lagi perlawanan buat pemain-pemainnya.

Dengan perlawanan antarabangsa, ada kemungkinan pemain-pemain akan beraksi lebih daripada 70 perlawanan untuk kelab dan negara.

Jota (kecederaan betis), Arthur (paha) dan Diaz (lutut) tidak akan beraksi sehingga selepas Piala Dunia.

- AGENSI

Berita Harian X