Sabtu, 3 September 2022 | 10:58pm
Pemain JDT, Bergson Da Silva diasak ketika cuba mendapatkan bola daripada pemain Selangor FC, Ahmad Zikri Mohd Khalili pada perlawanan Liga Super di Stadium MBPJ, Petaling Jaya, malam tadi. - Foto NSTP/Aizuddin Saad

Selangor tak muram lagi, berjaya ikat JDT

PETALING JAYA: Selangor FC menjadi pasukan ketiga 'mencuri' mata daripada Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila mengikat pendahulu Liga Super itu 1-1 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan The Red Giants menamatkan rentetan kekalahan dalam empat perlawanan berturut-turut dan satu mata menentang JDT mungkin dianggap sebagai satu keputusan yang memberangsangkan buat mereka.

Pemain JDT, Mathew Davies diasak pemain Selangor FC, Richmond Ankrah pada perlawanan Liga Super di Stadium MBPJ, Petaling Jaya, malam tadi. - Foto NTSP/Aizuddin Saad
Pemain JDT, Mathew Davies diasak pemain Selangor FC, Richmond Ankrah pada perlawanan Liga Super di Stadium MBPJ, Petaling Jaya, malam tadi. - Foto NTSP/Aizuddin Saad

Apapun, di sebalik keputusan terbabit, skuad bimbingan Hector Bidoglio itu masih lagi berkelebihan enam mata mengatasi pasukan di tangga kedua, Sabah FC dengan mereka beraksi kurang satu perlawanan.

Sebelum ini, dua lagi pasukan yang berjaya mengikat skuad Harimau Selatan dalam saingan Liga Super adalah Sri Pahang FC dan Melaka United FC.

Pada aksi terbabit, Selangor merasai tekanan sebaik wisel perlawanan dimulakan apabila asakan yang dilakukan JDT memaksa mereka menghadiahkan dua sepakan sudut kepada pelawat hanya dalam tempoh tiga minit pertama.

Pemain JDT, Bergson Da Silva meraikan gol pertama hasil daripada sepakan penalti pada perlawanan Liga Super,di Stadium MBPJ, Petaling Jaya, malam tadi. - Foto NTSP/Aizuddin Saad
Pemain JDT, Bergson Da Silva meraikan gol pertama hasil daripada sepakan penalti pada perlawanan Liga Super,di Stadium MBPJ, Petaling Jaya, malam tadi. - Foto NTSP/Aizuddin Saad

Kealpaan Richmond Tetteh nyaris menghukum tuan rumah pada minit ke-10 apabila Fernando Forestieri merampas bola daripada pemain terbabit namun kawalan kurang baik Forestieri menutup peluang JDT meledak gol pembukaan.

Bagaimanapun, tindakan Yazan Al Arab mengasari Arif Aiman Hanapi pada minit ke-29 menyaksikan JDT dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Bergson da Silva untuk gol ke-21 dalam Liga Super musim ini.

Bersambung babak kedua, gerakan daripada hantaran ke dalam oleh SFC dimanfaatkan Herlison Caion yang bijak melepasi kawalan penjaga gol JDT, Haziq Nadzli untuk menyumbat gol penyamaan pada minit ke-64.

Berita Harian X