Ahad, 14 Ogos 2022 | 6:06pm
Antara komen dan troll yang dilakukan peminat selepas kekalahan memalukan United di tangan Brentford.
Antara komen dan troll yang dilakukan peminat selepas kekalahan memalukan United di tangan Brentford.

"Ada captain pun bodoh piang" kata penyokong MU

KUALA LUMPUR: Peminat Manchester United di seluruh dunia termasuk Malaysia terlalu kecewa apabila kelab kesayangan mereka kini terperosok di tangga tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas kalah dua aksi pertama termasuk dibelasah 4-0 oleh Brentford malam tadi.

Mereka jelas tidak berpuas hati dengan keputusan itu yang hadir selepas Red Devils dimalukan Brighton 2-1 di laman sendiri Old Trafford pada aksi pertama musim 2022-23 hujung minggu lalu.

Ada yang memperbodohkan pengurus baharu dari Belanda, Erik ten Hag, ada yang meminta pemilik kelab itu keluarga Glazer disingkirkan dan ada juga yang mendesak bekas pengurus Ole Gunnar Solskjaer kembali menerajui kelab itu bagi meletakkan mereka kembali ke landasan terbaik.

Ada juga yang memperolok-olokkan pemilik kelab kerana tidak mendengar nasihat pengendali sementara Ralf Rangnick yang bercakap benar mengenai situasi buruk dialami kelab itu sejak beberapa musim lalu.

United kurang aktif dalam pasaran perpindahan dan hanya membawa masuk tiga muka baharu Lisandro Martinez, Christian Eriksen dan Tyrell Malacia manakala bintang serangannya Cristiano Ronaldo terbabit dengan kemelut perpindahan kerana United tidak beraksi dalam Liga Juara-Juara musim ini.

Antara komen dan troll yang dilakukan peminat selepas kekalahan memalukan United di tangan Brentford.
Antara komen dan troll yang dilakukan peminat selepas kekalahan memalukan United di tangan Brentford.

"Next season out la kalau camni. Ada captain pon bodoh piang.." tulis seorang peminat Muhammad Farid Afizi @FieAngah dalam laman Twitter rasmi @MUFC_Malaysia sebaik selepas perlawanan di Stadium Gtech Community berakhir sambil menyertakan foto kedudukan EPL dengan United di tangga terakhir.

Antara komen dan troll yang dilakukan peminat selepas kekalahan memalukan United di tangan Brentford.
Antara komen dan troll yang dilakukan peminat selepas kekalahan memalukan United di tangan Brentford.

Ia membalas ciapan asal 'Are you okay De Gea' merujuk kepada kesilapan penjaga gol dari Sepanyol, David De Gea yang melepaskan dua gol 'bodoh' hanya selepas 18 minit dan United tewas 4-0 dengan semua empat gol itu dijaringkan pada babak pertama.

Seorang peminat Eren Yaziz @Nassok20 turut membalas ciapan dengan berkata: "ETH pun mcm bodoh min. Dah tahu Shaw (Luke), Bruno (Fernandes), (Marcus) Rashford tak perform, still selected. Baik gamble dgn player muda. (James) Garner, (Alejandro) Garnacho, Zidane (Iqbal)."

Antara komen dan troll yang dilakukan peminat selepas kekalahan memalukan United di tangan Brentford.
Antara komen dan troll yang dilakukan peminat selepas kekalahan memalukan United di tangan Brentford.

Sementara itu, di Twitter rasmi kelab @ManUtd, lebih teruk lagi luahan kemarahan peminat yang mahu perubahan drastik dilakukan terutama membabitkan Glazers, pemilik kelab dari Amerika Syarikat.

Antara komen dan troll yang dilakukan peminat selepas kekalahan memalukan United di tangan Brentford.
Antara komen dan troll yang dilakukan peminat selepas kekalahan memalukan United di tangan Brentford.

"Skuad paling teruk United dalam sejarah EPL, namun kita melepaskan kira-kira 10 pemain, membeli tiga dan satu daripadanya secara percuma. Apa yang boleh diharapkan? Masa untuk bersikap realistik mengenai MUFC. Glazers perlu pergi! Pemilik baharu adalah satu-satunya harapan kami. Glazers menyingkirkan Rangnick kerana jujur!" tulis seorang peminat UHGSzns @LUHGSzns_.

Antara komen dan troll yang dilakukan peminat selepas kekalahan memalukan United di tangan Brentford.
Antara komen dan troll yang dilakukan peminat selepas kekalahan memalukan United di tangan Brentford.

"Mesti ada alasan Spurs tidak mahukan pengendali ini. Bayangkan betapa gembiranya mereka sekarang," kata Carwyn Williams @Celoti2381 mengenai Ten Hag yang ditolak Tottenham Hotspur sebagai pengurus mereka sebelum ini.

Bagaimanapun Ian Law @Thamescarper membalas: "Hanya baru dua perlawanan dan anda sudah menghukumnya. Masalah anda sebenarnya di tempat lain. ETH seorang pengurus hebat... beliau memerlukan minimum 3 tahun."

Antara komen dan troll yang dilakukan peminat selepas kekalahan memalukan United di tangan Brentford.
Antara komen dan troll yang dilakukan peminat selepas kekalahan memalukan United di tangan Brentford.

Ramai juga peminat melahirkan kebimbangan jika corak permainan sama dipamerkan United, mereka mungkin dibelasah Liverpool pada aksi EPL berikutnya 22 Ogos ini di Old Trafford.

Berita Harian X