Selasa, 9 Ogos 2022 | 11:18pm
Pemain Negeri Sembilan Herorld Goulon (tiga kiri) menanduk bola kegawang Penang FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. - BERNAMA
Pemain Negeri Sembilan Herorld Goulon (tiga kiri) menanduk bola kegawang Penang FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. - BERNAMA

Goulon buat Penang gigit jari

SEREMBAN: Negeri Sembilan FC (NSFC) melebarkan lagi rekod kemenangan apabila menewaskan Penang FC 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.

Kemenangan itu mengukuhkan lagi skuad Hobin Jang Hobin di tangga ketiga carta dengan mengumpul 29 mata.

Namun, pelawat terlebih dahulu mendahului menerusi serangan balas pantas pada minit ke-26 apabila bola tandukan kapten pasukan, Lucas Da Silva hasil hantaran Mohd Faiz Subri menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan, Ahmad Syihan Hazmi Mohamad.

Kelebihan itu, bagaimanapun tidak bertahan lama apabila Mohamad Zamri Pin menyamakan kedudukan buat NSFC pada minit ke-34, selepas dia bijak memanfaatkan bola lorongan Che Rashid untuk menewaskan Shafiq Afifi.

 Pemain Negeri Sembilan Che Rashid Halim (tengah) menanduk bola ke gawang Penang FC, yang dikawal oleh Shafiq Afifi pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini. - BERNAMA

Bersambung babak kedua, NSFC dilihat menggandakan asakan dalam usaha mendapatkan gol sekali gus mempertahankan reputasi selaku pasukan yang berada di kedudukan ketiga carta.

Hasilnya, Matheus Alves meledak gol kedua tuan rumah pada minit ke-58 selepas penyerang dari Brazil itu memanfaatkan bola terkena palang dan melantun ke arahnya.

Skuad Datuk Zainal Abidin Hasan kemudian berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan T Saravanan pada minit ke-80.

Gol kemenangan NSFC dijaringkan Herold Goulon pada minit ke-84 selepas bijak memperdayakan dua pemain pertahanan pasukan lawan.

Berita Harian X