Isnin, 8 Ogos 2022 | 9:01am
Kontinjen Sri Lanka ketika hari pembukaan Sukan Komanwel di Birmingham, United Kingdom. - Foto AGENSI
Kontinjen Sri Lanka ketika hari pembukaan Sukan Komanwel di Birmingham, United Kingdom. - Foto AGENSI

Tujuh lagi atlet Sri Lanka lesap

COLOMBO: Sepuluh ahli kontinjen Sri Lanka di Sukan Komanwel, Birmingham, menghilangkan diri disyaki cuba untuk terus tinggal di Britain.

Mereka yang terdiri daripada sembilan atlet dan seorang pegawai dikatakan lesap ketika acara masing-masing, kata pegawai kontinjen negara berkenaan yang enggan dikenali.

Tiga daripadanya, atlet judo Chamila Dilani, pengurusnya, Asela de Silva dan atlet gusti, Shanith Chathuranga dilaporkan 'hilang' minggu lalu.

"Sejak itu, tujuh lagi menghilangkan diri. Kami syak mereka mahu kekal di UK (United Kingdom), mungkin untuk mencari pekerjaan," kata pegawai berkenaan.

Pihak pengurusan kontinjen dibarisi 160 orang itu memegang pasport kesemua atlet dan pegawai mereka bagi memastikan mereka kembali ke Sri Lanka selepas tamat temasya.

Sri Lanka memenangi satu perak dan tiga gangsa di temasya berkenaan setakat semalam. - AFP

Berita Harian X