Jumaat, 5 Ogos 2022 | 11:03am
Legenda Arsenal Thierry Henry dipilih sebagai pemain terhebat dalam sejarah Liga Perdana Inggeris oleh peminat bola sepak. - Foto AGENSI
Legenda Arsenal Thierry Henry dipilih sebagai pemain terhebat dalam sejarah Liga Perdana Inggeris oleh peminat bola sepak. - Foto AGENSI

Henry pemain terhebat Liga Perdana Inggeris

LONDON: Thierry Henry dipilih sebagai pemain terhebat dalam sejarah Liga Perdana Inggeris oleh peminat bola sepak.

Betfair bersama YouGov membuat kaji selidik terhadap 1,000 peminat bola sepak menjelang edisi ke-30 Liga Perdana Inggeris.

Legenda Arsenal, Henry mengatasi Cristiano Ronaldo dan Mohamed Salah untuk memenangi gelaran berkenaan, dengan bekas pemain Perancis itu mengumpul 15 peratus undian.

Henry meledak 175 gol dalam 258 penampilan Liga Perdana Inggeris dan membantu The Gunners memenangi dua gelaran liga - termasuk musim 2003-04 bersama skuad yang digelar The Invincibles.

Penyerang United, Ronaldo yang meledak 102 gol dalam 226 penampilan dan menjulang tiga gelaran Liga Perdana Inggeris bersama Red Devils dari tahun 2006 hingga 2009, berada di tangga kedua.

Penjaring gol terbanyak liga sepanjang zaman, Alan Shearer di tempat ketiga manakala Eric Cantona dan Steven Gerrard melengkapkan kelompok lima teratas.

Peledak berbisa Liverpool Mohamed Salah yang menjaringkan 156 gol dalam 254 penampilan untuk skuad kendalian Jurgen Klopp sekadar di tempat ketujuh.

Selain Ronaldo dan Salah, seorang lagi pemain yang masih aktif ialah perancang Manchester City Kevin De Bruyne yang berada di tangga kelapan. - AGENSI

Berita Harian X