Jumaat, 1 Julai 2022 | 11:40pm
Penyerang Liverpool, Mohamed Salah kembali menyambung kontrak bersama kelabnya. - AFP
Penyerang Liverpool, Mohamed Salah kembali menyambung kontrak bersama kelabnya. - AFP

Salah sambung kontrak jangka panjang di Liverpool

LONDON: Penyerang Liverpool, Mohamed Salah menandatangani sambungan kontrak jangka panjang di kelabnya, kata pasukan Liga Perdana Inggeris itu sebentar tadi.

Liverpool tidak menyatakan secara terperinci namun Sky Sports melaporkan bahawa pemain antarabangsa Mesir itu menandatangani perjanjian hingga 2025.

"Saya rasa hebat dan saya teruja untuk menang trofi bersama kelab. Ia hari yang gembira untuk semua orang," kata Salah dalam satu kenyataan di laman sesawang kelab.

"Ia mengambil sedikit masa, saya rasa, untuk memperbaharuinya, tapi ketika ini ia sudah dilakukan, jadi kami hanya perlu fokus untuk apa yang berlaku seterusnya.

"Saya rasa anda boleh lihat dalam lima atau enam tahun terakhir, pasukan ini sentiasa ke hadapan. Musim lalu kami hampir menang empat tapi malangnya pada minggu terakhir kami tewas dua trofi." - REUTERS

Berita Harian X