Rabu, 1 Jun 2022 | 11:25am
Senarai kesebelasan utama Pasukan Terbaik Liga Juara-Juara musim ini yang dipilih UEFA.
Senarai kesebelasan utama Pasukan Terbaik Liga Juara-Juara musim ini yang dipilih UEFA.

Mbappe buat apa di situ?

LONDON: Peminat bola sepak terkejut selepas Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) mengumumkan senarai kesebelasan utama Pasukan Terbaik Liga Juara-Juara musim ini.

Aksi terhebat Eropah itu menutup tirai awal pagi Ahad lalu apabila Real Madrid meraih rekod gelaran ke-14 menerusi kemenangan 1-0 mengatasi Liverpool di Paris.

Dan empat pemain Real berada dalam senarai 11 terbaik kali ini dengan diketuai penjaga gol, Thibaut Courtois, pemain tengah Luka Modric, penyerang Vinicius Junior dan penjaring terbanyak, Karim Benzema.

Walaupun tewas, Liverpool masih memiliki empat pemain dalam pasukan terbaik musim ini - Andy Robertson, Virgil van Dijk, Trent Alexander-Arnold dan Fabinho.

Satu lagi tempat di pertahanan diisi pertahanan tengah Chelsea, Antonio Rudiger - yang memainkan peranan penting buat Blues ke suku akhir sebelum disingkirkan Real.

Dan dua tempat terakhir diberikan kepada pemain tengah Manchester City, Kevin de Bruyne serta penyerang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe.

Bagaimanapun sebahagian peminat tidak berpuas hati dengan pemilihan oleh UEFA.

Sebahagian daripada mereka keliru dengan pemilihan Mbappe - yang menjaringkan enam gol dan enam bantuan dalam lapan perlawanan buat PSG.

Seorang daripadanya berkata: "Mbappe buat apa di situ?"

Seorang lagi menambah: "Mbappe terkeluar pada kelompok 16 terakhir. Salah ada lebih banyak gol daripada dia dan mara ke final. Tapi masuk akal juga."

Dan seorang lagi mencelah: "Mbappe mengatasi Robert Lewandowski!!. - AGENSI

Berita Harian X