Sabtu, 21 Mei 2022 | 10:19pm
Kevin De Bruyne dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik EPL musim ini. - EPA
Kevin De Bruyne dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik EPL musim ini. - EPA

De Bruyne Pemain Terbaik EPL musim ini

LONDON: Pemain tengah Manchester City, Kevin de Bruyne dinamakan sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk musim 2021-22 kata pengendali liga itu sebentar tadi.

De Bruyne menang anugerah berkenaan buat kali kedua selepas turut menerima penghormatan sama pada musim 2019-20.

Pemain antarabangsa Belgium itu meledak 15 gol dan tujuh bantuan gol dalam 29 perlawanan musim ini dan menjadi tonggak City yang memerlukan kemenangan dalam aksi terakhir esok bagi merangkul gelaran EPL.

Pemain berusia 30 tahun itu mengetepikan saingan daripada rakan sepasukan, Joao Cancelo; penyerang Liverpool, Mohamed Salah; bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-min dan ramai lagi.

"Terlalu ramai pemain memiliki kualiti terbaik dalam EPL dan satu penghormatan untuk dicalonkan dengan ramai lagi pemain hebat yang melalui musim menakjubkan bersama kelab mereka," kata De Bruyne.

"Saya rasa persembahan saya musim ini bagus dan saya gembira dapat menyumbang gol dan bantuan sepanjang musim ini." - REUTERS

Berita Harian X