Khamis, 19 Mei 2022 | 2:24pm
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin (berdiri kiri) mengadakan pertemuan dengan skuad B-23 negara di Hanoi bagi memberi kata-kata semangat kepada mereka menjelang aksi bertemu Vietnam malam ini. - Foto ihsan FB FAM.
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin (berdiri kiri) mengadakan pertemuan dengan skuad B-23 negara di Hanoi bagi memberi kata-kata semangat kepada mereka menjelang aksi bertemu Vietnam malam ini. - Foto ihsan FB FAM.

'Harimau Muda, bersatulah percaya kepada rakan sepasukan, jurulatih'

KUALA LUMPUR: "Percaya pada rakan sepasukan, percaya pada kakitangan kejurulatihan dan percaya pada jurulatih."

Itu kata-kata semangat yang dikongsikan oleh penolong jurulatih skuad Harimau Malaya, Pau Marti kepada skuad Bawah 23 tahun (B-23) yang bakal menentang Vietnam pada separuh akhir Sukan SEA di Stadium Viet Tri, malam ini.

Jurulatih dari Sepanyol itu turut optimis anak buah Brad Maloney itu mampu mencipta kejutan sekalipun berdepan juara bertahan yang memenang pingat emas pada edisi 2019.

"Saya ucapkan selamat maju jaya pada pasukan B-23 untuk Sukan SEA di Vietnam.

"Dengan semangat bersatu, kamu akan membawa kejayaan buat Malaysia. Selamat maju jaya," kata Marti.

Seorang lagi penolong jurulatih skuad kebangsaan, E Elavarasan turut tidak ketinggalan mendoakan kejayaan buat skuad Harimau Muda dan mengharapkan mereka dapat berjuang sehingga ke titisan peluh yang terakhir.

"Secara keseluruhan, saya lihat mereka sudah melakukan tugas yang baik kerana tidak mudah untuk sampai sehingga ke separuh akhir.

"Saya percaya anda semua akan berjuang sehingga ke minit akhir. Dengan semangat bersatu padu sebagai satu pasukan, ini akan membantu mencetus kejayaan di Sukan SEA," kata Elavarasan.

Berita Harian X