Ahad, 15 Mei 2022 | 1:37pm
Kapten pasukan Malaysia Mukhairi Ajmal (dua, kiri) menanduk bola ketika menentang pasukan Singapura pada saingan Sukan SEA 2021 di Stadium Thien Truong semalam. -Bernama
Kapten pasukan Malaysia Mukhairi Ajmal (dua, kiri) menanduk bola ketika menentang pasukan Singapura pada saingan Sukan SEA 2021 di Stadium Thien Truong semalam. -Bernama

Misi elak bertembung Vietnam di separuh akhir

KUALA LUMPUR: Gelaran juara Kumpulan B menjadi sasaran utama skuad 'Harimau Muda' selepas berjaya mengesahkan slot ke separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA Hanoi, semalam.

Mara selaku juara kumpulan menjadi perkara penting buat skuad bawah 23 (B-23) negara bagi mengelak pertembungan lebih sukar berdepan pasukan tuan rumah, Vietnam di separuh akhir.

Atas kertas, peluang besar sebenarnya dimiliki anak buah Brad Maloney untuk mencapai sasaran itu selepas mereka akan mengharungi aksi terakhir kumpulan berdepan Kemboja, esok.

Namun, pasukan yang diketuai pemain tengah, Mukhairi Ajmal Mahadi itu perlu memastikan mereka berjaya menjinakkan Kemboja ketika pencabar utama merebut status juara Kumpulan B, Thailand dijangka tidak berdepan masalah untuk mengalahkan Laos.

Bagi Maloney, dia menganggap tiada perlawanan mudah apabila memasuki peringkat separuh akhir yang mana ia menjadi pusingan yang menghimpunkan pasukan terbaik pada kejohanan itu.

Justeru, pengendali dari Australia itu lebih gemar untuk memberi fokus sepenuhnya bagi memerangkap Kemboja sebelum memikirkan mengenai perlawanan di separuh akhir.

"Dalam Kumpulan A kita lihat Vietnam, Indonesia dan Myanmar pasukan yang sangat bagus dan kejohanan ini bukan mudah. Setiap perlawanan adalah sukar, kami perlu fokus untuk perlawanan seterusnya berdepan Kemboja.

"Sudah pasti kami mahu mara ke separuh akhir selaku pasukan tangga teratas, ia adalah sasaran. Jadi kami perlu fokus perlawanan terakhir," katanya selepas perlawanan berdepan Singapura di Stadium Thien Truong, Nam Dinh, semalam.

Keputusan seri 2-2 dengan Singapura sudah cukup untuk Malaysia mengesahkan slot ke separuh akhir susulan kemenangan 5-0 Thailand ke atas Kemboja dalam satu aksi Kumpulan B.

Skuad negara yang merekodkan dua kemenangan dan satu seri dalam tiga perlawanan memimpin kumpulan dengan tujuh mata, namun hanya dibezakan satu mata dari Thailand yang menghuni tangga kedua.

Justeru, tiada jalan lain untuk Maloney selain membuat percaturan terbaik untuk menjayakan misi wajib menang ke atas Kemboja yang turut mahukan tiga mata bagi menghidupkan peluang ke separuh

Berita Harian X