Sabtu, 14 Mei 2022 | 7:13am
Mane (kiri) dan Ronaldo tidak tersenarai pendek dalam anugerah Pemain Tahunan Terbaik EPL.
Mane (kiri) dan Ronaldo tidak tersenarai pendek dalam anugerah Pemain Tahunan Terbaik EPL.

Ronaldo, Mane tercicir

LONDON: Liga Perdana Inggeris (EPL) mengumumkan lapan pemain disenarai pendek untuk Pemain Tahunan Terbaik - namun tiada tempat buat Cristiano Ronaldo dan Sadio Mane.

Pasangan berkenaan menjaringkan 33 gol liga antara mereka dengan Ronaldo juga dua kali meraih anugerah pemain terbaik bulanan.

Dia menjaringkan 18 gol liga dalam 30 perlawanan musim ini walaupun Manchester United bergelut.

Mane juga meraikan kembali prestasi terbaiknya tetapi ketinggalan di belakang rakan sepasukan di Liverpool, Mo Salah dan Trent Alexander-Arnold.

Dua pemain Manchester City juga tersenarai dengan dua lagi pemain bukan dalam kalangan enam pasukan terbaik iaitu James Ward-Prowse dan Jarrod Bowen.

Calon lapan Pemain Terbaik Tahunan:

1. Mo Salah (Liverpool)

2. Trent Alexander-Arnold (Liverpool)

3. Kevin De Bruyne (Man City)

4. Joao Cancelo (Man City)

5. Son Heung-min (Tottenham)

6. Bukayo Saka (Arsenal)

7. James Ward-Prowse (Southampton)

8. Jarrod Bowen (West Ham)

Berita Harian X