Isnin, 2 Mei 2022 | 3:25pm
Gambar fail - Ketua jurulatih futsal lelaki kebangsaan, Chiew Chun Yong. - Foto ihsan Astro Awani
Gambar fail - Ketua jurulatih futsal lelaki kebangsaan, Chiew Chun Yong. - Foto ihsan Astro Awani

Senarai pemain futsal ke Sukan SEA diumum

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan senarai 16 pemain futsal lelaki yang akan menggalas tugas skuad negara pada temasya Sukan SEA Hanoi, bulan ini.

Berdasarkan senarai itu, ketua jurulatih futsal lelaki kebangsaan, Chiew Chun Yong mengekalkan 14 pemain daripada skuad 16 yang dibawa ke Bangkok bagi menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2022 pada awal April lalu.

Dua pemain baharu dipanggil adalah Syed Aizad Daniel Syed Nasir dan Aqil Khalis Adli Khairuz bagi menggantikan tempat Akmarulnizam Idris dan Joshua Lee.

Acara futsal di Sukan SEA akan dijalankan secara format liga sepusingan dari 11 hingga 20 Mei ini.

Malaysia akan membuka tirai saingan berdepan Thailand pada 11 Mei, diikuti aksi berikutnya bertemu Vietnam (14 Mei), Indonesia (16 Mei) dan Myanmar (20 Mei) dengan semua perlawanan berlangsung di Stadium Tertutup Ha Nam.

Skuad futsal lelaki negara dijadual terbang ke Ho Chi Minh City, Vietnam, esok bagi menghadapi beberapa perlawanan persahabatan di sana sebelum terbang ke Hanoi, Ahad ini.

Senarai pemain:

Azrul Hadee Mohd Taufiq, Syawal Sabaruddin, Khairul Effendy Mohd Bahrin, Mohd Azwann Ismail, Muhammad Ekmal Shahrin, Muhammad Azri Rahman, Syed Aizad Daniel Syed Nasir, Abu Haniffa Hasan, Mohd Ridzwan Bakri, Saiful Nizam Mohd Ali, Farhan Khairul Anuar, Firdaus Zulkefli, Iqhmal Najmie Ismail, Sufri Shamil, Aidil Shahril Rosli, Ahmad Aqil dan Khalis Adli Khairuz.

Berita Harian X