Rabu, 27 April 2022 | 6:38am
Penyerang Real Madrid, Karim Benzema menyempurnakan penalti ketika menentang Manchester City pada separuh akhir Liga Juara-Juara di Stadium Etihad, Manchester, Britain. - REUTERS
Penyerang Real Madrid, Karim Benzema menyempurnakan penalti ketika menentang Manchester City pada separuh akhir Liga Juara-Juara di Stadium Etihad, Manchester, Britain. - REUTERS

Guardiola kecewa City lepaskan banyak peluang

MANCHESTER, United Kingdom: Pep Guardiola kecewa melihat peluang dilepaskan Manchester City untuk terus menamatkan peluang Real Madrid ketika menang 4-3 dalam pertembungan menakjubkan separuh akhir Liga Juara-Juara sebentar tadi.

Skuad kendalian Guardiola sepatutnya mampu menguburkan terus Real pada aksi pertama di Stadium Etihad apabila mereka mendahului dengan dua gol sebanyak tiga kali namun membenarkan pendahulu La Liga bangkit.

City dua gol di depan hanya selepas 11 minit dan turut mendahului 3-1 dan 4-2, tetapi Real enggan mengalah dalam satu daripada pertembungan terhebat Liga Juara-Juara itu.

Gol kedua Karim Benzema menerusi penalti 'Panenka' pada minit ke-82 menjadi kemuncak kepada perlawanan itu yang memastikan Real masih ada peluang untuk mara ke final.

Reaksi pengendali Manchester City, Pep Guardiola. - Foto Reuters
Reaksi pengendali Manchester City, Pep Guardiola. - Foto Reuters

Ketika Guardiola memberikan pujian terhadap kedua-dua pasukan yang menampilkan aksi klasik, bos City itu lebih bimbang dengan cara pemainnya yang gagal memanfaatkan persembahan dinamik mereka.

"Ia perlawanan menakjubkan kedua-dua pasukan. Kami melakukan banyak perkara bagus. Malangnya kami melepaskan gol dan tidak menjaringkan lebih banyak," kata Guardiola kepada BT Sport.

"Apa yang kami lakukan dengan bola dan tanpa bola, mencipta peluang demi peluang, saya tidak boleh meminta lebih daripada itu.

"Kami menampilkan persembahan menakjubkan. Pada saat kami bangkit pada babak pertama, saya rasa kami memberikan mereka peluang kerana terlalu gementar.

"Biasanya kami rasa sangat selamat dan bagus. Mereka juga memberi tekanan dengan kuat dan bagus. Kualiti ditunjukkan Real Madrid seperti itu boleh menghukum anda."

Pemain tengah Manchester City. Bernardo Silva (kiri) mengekang penyerang Real Madrid, Vinicius Junior. - Foto EPA
Pemain tengah Manchester City. Bernardo Silva (kiri) mengekang penyerang Real Madrid, Vinicius Junior. - Foto EPA

Kegagalan City untuk menyempurnakan lebih banyak peluang pada aksi kalah mati boleh mengancam mereka pada pertembungan kedua di Madrid pada 4 Mei.

Real sudah menyingkirkan Paris Saint-Germain dan Chelsea pada aksi kalah mati musim ini.

Walaupun mereka ada kelebihan tipis untuk dipertahankan di Bernabeu, Guardiola berkata City tidak akan bertahan dan berazam untuk menang.

"Bila sepak adalah sesuatu yang menakjubkan. Tahniah kepada Carlo dan pasukannya kerana mereka sangat bagus. Pada masa sama, kami melihat bahawa kami boleh berada di sana," katanya. - AFP

Penyerang Manchester City, Gabriel Jesus (kiri) bersaing dengan pemain pertahanan Real Madrid, Eder Militao. - Foto AFP
Penyerang Manchester City, Gabriel Jesus (kiri) bersaing dengan pemain pertahanan Real Madrid, Eder Militao. - Foto AFP

Kapten Real Madrid, Karim Benzema (kanan) meraikan gol jaringannya bersama Vinicius Junior (kiri). - Foto EPA
Kapten Real Madrid, Karim Benzema (kanan) meraikan gol jaringannya bersama Vinicius Junior (kiri). - Foto EPA

Berita Harian X