Khamis, 21 April 2022 | 6:59am
Pemain tengah Manchester City, Riyad Mahrez (dua dari kanan) menjaringkan gol pertama pasukannya ketika menentang Brighton and Hove Albion di Stadium Etihad Stadium dekat Manchester. - AFP
Pemain tengah Manchester City, Riyad Mahrez (dua dari kanan) menjaringkan gol pertama pasukannya ketika menentang Brighton and Hove Albion di Stadium Etihad Stadium dekat Manchester. - AFP

Manchester City kembali ke persada liga

MANCHESTER, England: Gol babak kedua Riyad Mahrez, Phil Foden dan Bernardo Silva memberikan Manchester City kemenangan 3-0 mengatasi Brighton & Hove Albion sebentar tadi yang membantu juara bertahan itu kembali ke kedudukan teratas Liga Perdana.

Selepas Liverpool mendaki ke tempat teratas dengan kemenangan 4-0 mengatasi Manchester United semalam, City bergelut untuk membalas pada babak pertama di Stadium Etihad berdepan Brighton.

Liverpool mengejar City dengan 14 mata pada Januari namun kembali menghidupkan peluang meraih gelaran selepas menang 11 daripada 12 perlawanan terakhir liga.

Pemain Manchester City, Phil Foden (kanan) melakukan rembatan cuba dihalang pemain Brighton. - Foto REUTERS
Pemain Manchester City, Phil Foden (kanan) melakukan rembatan cuba dihalang pemain Brighton. - Foto REUTERS

Bagaimanapun harapan Liverpool untuk terus kekal di persada terjejas apabila City bangkit pada babak kedua dan memecahkan kebuntuan menerusi penyerang Algeria, Mahrez pada minit ke-53.

Gol pembukaan itu mengurangkan rasa gementar City yang kemudiannya menjaringkan gol kedua 12 minit kemudian menerusi Foden.

Silva menambah gol ketiga pada lewat permainan bagi memastikan kemenangan yang membolehkan skuad kendalian Pep Guardiola memungut 77 mata daripada 32 perlawanan.

"Kami perlu menang 14 perlawanan berturut-turut untuk menang liga," kata Guardiola. "Jika kami mencicirkan mata, mereka (Liverpool) akan menjadi juara, jika kami menang semua perlawanan, kami akan bergelar juara.

"Kami secara matematik sudah layak ke Liga Juara-Juara (musim depan). Kini kami perlu tahu apa yang kami perlu lakukan." - REUTERS

Reaksi pemain tengah Manchester City, Bernardo Silva selepas meledak gol ketika menentang Brighton. - Foto REUTERS
Reaksi pemain tengah Manchester City, Bernardo Silva selepas meledak gol ketika menentang Brighton. - Foto REUTERS

Berita Harian X