Sabtu, 9 April 2022 | 11:49am
Pemain tengah JDT, Nazmi Faiz Mansor pulih daripada kecederaan dan mula menjalani latihan bagi persiapan menentang TFC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok. - Foto ihsan Johor Southern Tigers
Pemain tengah JDT, Nazmi Faiz Mansor pulih daripada kecederaan dan mula menjalani latihan bagi persiapan menentang TFC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok. - Foto ihsan Johor Southern Tigers

Mora anggap TFC ujian sebenar JDT

JOHOR BAHRU: Tiga kemenangan berturut-turut dan belum dbolosi termasuk menewaskan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) 3-0, Rabu lalu sememangnya belum memberi jaminan prestasi Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam Liga Super berada di tahap memuaskan.

Malah pengendaii JDT, Benjamin Mora menegaskan pertembungan menentang Terengganu FC (TFC) pada aksi liga di Stadium Sultan Ibrahim. Iskandar Puteri, malam esok adalah ujian getir buat barisan pemainnya apatah lagi pernah dikejutkan tewas 0-1 pada aksi musim lalu.

Bagi Mora pencapaian itu bolah dianggap sebagai motivasi buat pemain tapi enggan terus berada di awangan dengan terlalu bangga terhadap kejayaan melakar tiga kemenangan berturut-turut tanpa dibolosi sepanjang 270 minit permainan.

"Kami tidak boleh terlalu selesa dengan apa yang kami raih ketika ini kerana perjalanan liga masih panjang dan perlu mengharungi satu demi satu perlawanan tanpa membuat kesilapan mudah yang mampu meruntuhkan semangat pemain.

"TFC pernah tewaskan kami pada aksi liga musim lalu dan mereka pasti mahu bangkit selepas tewas mengejut ke atas Petaling Jaya City FC ( PJ City FC), baru-baru ini, justeru kami harus berhat-hati dengan penampilan corak permainan mereka nanti.

"Apapun, saya berharap pemain akan terus fokus dan mengekalkan momentum permainan konsisten kerana kemenangan di laman kami akan beri impak positif tatkala membuat persiapan bagi mengharungi saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL), pertengahan April ini," katanya.

Apapun, skuad Harimau Selatan tampak berada di dalam dilema sama ada pemain import, Fernando Forestieri bakal diturunkan atau diketepikan selepas mengalami kecederaan akibat terjahan keras pemain KL City FC.

Tapi ada kelegaaan dalam kem skuad Harimau Selatan selepas Nazmi Faiz Mansor yang mengalam kecederaan ketika latihan bersama skuad kebangsaan kembali menjalani latihan untuk persiapan menentang skuad kendalian Nafuzi Zain.

Malah Bergson Da Silva yang menjadi taruhan terbaik buat JDT mengekalkan momentum jaringan kembali menemui sentuhan menerusi dua gol menewaskan KL City FC 3-0 pada aksi liga, Rabu lalu.

Berita Harian X