Isnin, 21 March 2022 | 10:14am
Penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-min (kanan) bersama pengurus, Antonio Conte ketika perlawanan menentang West Ham United di Stadium Tottenham Hotspur dekat London, Britain. -REUTERS
Penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-min (kanan) bersama pengurus, Antonio Conte ketika perlawanan menentang West Ham United di Stadium Tottenham Hotspur dekat London, Britain. -REUTERS

Son menyerlah benam West Ham

LONDON: Son Heung-min membantu Tottenham menang 3-1 mengatasi West Ham apabila dua jaringan pemain Korea Selatan itu membawa pasukannya tiga mata di belakang empat pasukan teratas Liga Perdana awal pagi tadi.

Skuad kendalian Antonio Conte mendahului hasil gol sendiri Kurt Zouma sebelum Son menggandakan kelebihan pasukannya.

Said Benrahma mengurangkan difisit itu tetapi Son kembali menemui jaringan pada babak kedua bagi memberikan Tottenham kemenangan keempat dalam lima aksi terakhir liga.

Tottenham kini di tangga kelima, tiga mata di belakang pencabar dari utara London, Arsenal dalam pemburuan ke Liga Juara-Juara menerusi kedudukan empat tempat teratas.

Walaupun Tottenham bermain lebih satu perlawanan berbanding Arsenal, mereka masih berpeluang kerana akan tertemu Gunners sekali lagi pada musim ini.

"Hari ini kami bermain sangat baik. Kami mendominasi perlawanan sejak awal hingga penamat. Saya sangat gembira," kata Conte.

"Adalah sesuatu yang menyedihkan kerana rehat perlawanan antarabangsa kerana kami berada dalam prestasi terbaik. Pasukan saya banyak perubahan dalam pelbagai aspek." - AFP

Berita Harian X