Sabtu, 19 March 2022 | 7:21am
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola (kanan) masih yakin boleh mengejar tiga gelaran dalam Liga Perdana. - REUTERS
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola (kanan) masih yakin boleh mengejar tiga gelaran dalam Liga Perdana. - REUTERS

Guardiola terus cuba dapatkan tiga gelaran

LONDON: Pep Guardiola percaya Manchester City masih boleh melepasi halangan untuk mencipta tiga kejuaraan.

Skuad kendalian Guardiola tampak akan mara ke separuh akhir Piala FA esok apabila mereka akan berkunjung ke Southampton untuk pertembungan kelompok lapan terakhir itu.

Piala FA menjadi satu daripada tiga kejohanan masih menjadi sasaran Guardiola dengan City juga mendahului Liga Perdana dan akan menentang Atletico Madrid pada suku akhir Liga Juara-Juara.

Menang tiga trofi berkenaan hanya berupaya dilakukan satu pasukan dari England – Manchester United pada 1999.

Bos City itu mengakui ia pastinya menjadi sesuatu yang amat sukar menang ketiga-tiganya terutama apabila Liverpool semakin menghampiri dalam Liga Perdana namun dia tidak menolak kemungkinan itu.

"Jika United pernah melakukannya, bermaknan ia pernah terjadi dan orang lain juga boleh melakukannya," kata Guardiola.

"Apabila anda memecahkan rekod atau sesuatu, ia adalah kerana seseorang pernah melakukannya sebelum ini.

"Jadi apabila ia berlaku, pasukan lain juga boleh melakukannya. Ia bukan mudah tetapi boleh, sudah tentu.

"Pada September, Oktober, November ia lebih sukar berbaki dua bulan dan anda berada di sana untuk menang gelaran, benar ia boleh dilakukan.

"Selain itu, ia berlaku hanya sekali seumur hidup, jadi ia menunjukkan betapa sukarnya untuk menang!" - AFP

Berita Harian X