Rabu, 23 Februari 2022 | 1:15pm
Fred pelik dengan status pengurus sementara Manchester United, Ralf Rangnick kerana setiap kelab perlukan perancangan jangka panjang. - REUTERS
Fred pelik dengan status pengurus sementara Manchester United, Ralf Rangnick kerana setiap kelab perlukan perancangan jangka panjang. - REUTERS

Status Rangnick 'agak pelik'

LONDON: Pelantikan Ralf Rangnick oleh Manchester United sebagai pengurus sementara 'agak pelik' dan mewujudkan ketidakpastian di kelab, kata pemain tengah, Fred hari ini.

Rangnick, 63, akan menjadi pengurus sementara hingga penghujung musim sebelum bekas jurulatih Schalke 04 dan RB Leipzig itu menjalankan peranan sebagai perunding dengan kelab itu selama dua tahun lagi.

"Ia sedikit pelik," kata Fred kepada TNT Sports Brazil, hari ini. "Saya tahu dalam bola sepak adalah penting untuk mendapatkan keputusan yang bagus secepat mungkin, tapi adalah penting juga untuk memiliki perancangan jangka panjang.

"Saya rasa sedikit buruk buat kami kerana melaluinya. Pada ketika ini semuanya untuk jangka pendek. Kami tidak tahu apa yang akan berlaku pada penghujung musim."

United kini akan beraksi dalam kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara buat pertama kali sejak 2018-19 dan awal pagi esok akan menentang Atletico Madrid yang bergelut dalam saingan domestik sejak kebelakangan ini.

Mereka tewas empat daripada tujuh perlawanan terakhir membabitkan semua kejohanan. - REUTERS

Berita Harian X