Ahad, 20 Februari 2022 | 7:56am
Son Heung-min (kiri) dan Harry Kane (kanan) beraksi cemerlang untuk Tottenham ketika menewaskan Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad. - Foto REUTERS
Son Heung-min (kiri) dan Harry Kane (kanan) beraksi cemerlang untuk Tottenham ketika menewaskan Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad. - Foto REUTERS

Kane akhiri rekod tanpa kalah Man City

MANCHESTER: Pemain yang menjadi sasaran Manchester City Harry Kane kembali menghantui mereka apabila meledak dua gol dalam kemenangan 3-2 Tottenham Hotspur di Stadium Etihad.

Kemenangan Spurs kendalian Antonio Conte itu memastikan persaingan untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris terus terbuka dengan City kendalian Pep Guardiola kini hanya enam mata di depan Liverpool yang berpeluang mengurangkannya kepada tiga apabila bertemu Leeds Rabu ini.

Tandukan minit ke-95 Kane, beberapa saat selepas tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Riyad Mahrez, memberikan kekalahan pertama buat pendahulu liga itu selepas 16 perlawanan.

"Kami tidak perlu tewas sebarang perlawanan untuk sedar betapa sukarnya (memenangi liga). Masih ada banyak perlawanan untuk diharungi," kata Guardiola.

Pemain Manchester City, Kevin De Bruyne (kanan) mengawal bola dari pemain Tottenham Hotspur. - Foto REUTERS
Pemain Manchester City, Kevin De Bruyne (kanan) mengawal bola dari pemain Tottenham Hotspur. - Foto REUTERS

Conte pula berjaya mengelak daripada merakam kekalahan keempat berturut-turut yang pertama dalam kariernya selepas persembahan cemerlang Kane dan Son Heung-min di babak kedua.

"Pertama sekali saya benci kekalahan. Reaksi kami cukup penting. Kemenangan ini akan memberikan kami lebih keyakinan. Bukan mudah untuk bertemu Manchester City selepas tiga kekalahan berturut-turut," kata Conte.

Spurs kini melonjak ke tangga ketujuh liga dan hanya empat mata di belakang Manchester United yang menghuni tangga keempat tetapi bermain lebih dua perlawanan berbanding anak buah Conte. - AFP

Berita Harian X