Ahad, 6 Februari 2022 | 8:09am
Penyerang Tottenham Hotspur Harry Kane (kiri) menjaringkan gol ketiga pasukannya ketika pusingan keempat Piala FA Inggeris menentang Brighton & Hove Albion di Stadium Tottenham Hotspur, London. - Foto REUTERS

Kane bantu Spurs singkir Brighton

LONDON: Harry Kane kembali menampilkan ketajamannya apabila meledak dua gol ketika membantu Tottenham Hotspur menewaskan Brighton & Hove Albion 3-1 pada pusingan keempat Piala FA Inggeris.

Kapten England itu melencong bola dengan kaki kanannya pada minit ke-13 dan menemui sasaran sekali lagi pada minit ke-66 untuk menghalang kebangkitan Brighton.

Gol kedua Tottenham hadir pada minit ke-24 hasil gerakan Emerson Royal dari sebelah kanan sebelum menjaringkan gol dari sudut sukar, namun jaringan itu terkena Solly March untuk gol sendiri.

Brighton bangkit di babak kedua untuk merapatkan jurang menerusi Yves Bissouma tetapi Kane memastikan kemenangan hasil gerakan Son Heung-min yang kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan.

Reaksi penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane selepas meledak gol ketika menentang Brighton. - Foto AFP
Reaksi penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane selepas meledak gol ketika menentang Brighton. - Foto AFP

Tottenham, yang tewas kepada Chelsea pada separuh akhir Piala Liga, memasukkan pemain baru ditandatangani Rodrigo Bentancur dan Dejan Kulusevski untuk penampilan pertama di akhir permainan.

"Kami bermain dengan sangat baik. Kami bermula dengan baik tetapi hilang sedikit rentak di babak kedua, namun kami mengawal permainan selepas gol ketiga.

"Saya gembira melihat gol pertama. Saya gembira berada dalam senarai penjaring. Ia gerakan baik oleh Sonny (untuk gol kedua). Dia amat pantas dan mencipta banyak peluang, saya gembira dapat menyudahkannya," kata Kane yang sudah meledak 21 gol untuk kelab dan negara musim ini. - REUTERS

Reaksi pengendali Brighton, Graham Potter. - Foto AFP
Reaksi pengendali Brighton, Graham Potter. - Foto AFP

Pemain pertahanan Brighton, Adam Webster (kiri) mengekang pemain Tottenham Hotspur dari Sepanyol, Sergio Reguilon. - Foto AFP
Pemain pertahanan Brighton, Adam Webster (kiri) mengekang pemain Tottenham Hotspur dari Sepanyol, Sergio Reguilon. - Foto AFP

Berita Harian X