Ahad, 6 Februari 2022 | 7:32am
Pengendali Everton Frank Lampard meraikan jaringan Yerry Mina ketika aksi Piala FA Inggeris menentang Brentford di Goodison Park. - Foto REUTERS
Pengendali Everton Frank Lampard meraikan jaringan Yerry Mina ketika aksi Piala FA Inggeris menentang Brentford di Goodison Park. - Foto REUTERS

Lampard terharu sambutan hangat Everton

LIVERPOOL: Frank Lampard berkata dia tidak akan melupakan sambutan diberikan penyokong Everton selepas kemenangan 4-1 ke atas Brentford dalam saingan pusingan keempat Piala FA.

Suasana di Goodison Park bertukar ceria ketika kedatangan bekas pemain tengah England itu dialu-alukan penyokong, dengan pemain baru ditandatangani Dele Alli dan Donny van de Beek diperkenalkan ketika waktu rehat.

Anak buah Lampard kemudian meneruskan suasana positif itu dengan merakam kemenangan kedua ke atas lawan Liga Perdana Inggeris dalam 15 perlawanan.

Penyerang Everton dari Brazil, Richarlison (kiri) diasak pemain pertahanan Brentford dari Swedish, Pontus Jansson. - Foto AFP
Penyerang Everton dari Brazil, Richarlison (kiri) diasak pemain pertahanan Brentford dari Swedish, Pontus Jansson. - Foto AFP

"Saya hanya boleh berterima kasih di atas sokongan mereka sebaik saya melangkah keluar, sepanjang perlawanan, dan di akhirnya apabila mereka melihat corak permainan pasukan.

"Hari ini amat istimewa. Ia hari yang tidak akan saya lupakan. Ini baru permulaan tetapi saya tidak dapat mengelak daripada menjadi begitu beremosi ketika ini," kata Lampard.

Antara kelemahan The Toffees musim ini bertukar menjadi kekuatan mereka apabila Yerry Mina dan Mason Holgate menjaringkan gol daripada situasi bola mati, manakala Richarlison dan Andros Townsend turut menemui sasaran.

Reaksi pemain pertahanan Everton dariColombia, Yerry Mina selepas meledak gol pembukaan ketika menentang Brentford di Goodison Park. - Foto AFP
Reaksi pemain pertahanan Everton dariColombia, Yerry Mina selepas meledak gol pembukaan ketika menentang Brentford di Goodison Park. - Foto AFP

Pemain baharu Brentford Christian Eriksen, yang pulih sepenuhnya selepas mengalami serangan jantung ketika Euro 2020, tidak disenaraikan oleh Thomas Frank.

Gol tunggal The Bees dijaringkan oleh Ivan Toney menerusi sepakan penalti di awal babak kedua untuk menjadikan kedudukan 2-1 ketika itu.

Bagaimanapun Brentford kini boleh memberi tumpuan untuk memastikan pasukan seperti Everton terus berada di bawah mereka dalam saingan Liga Perdana Inggeris pertama mereka sejak 74 tahun lalu. - AFP

Pemain Everton, Seamus Coleman (kiri) dikasari pemain Brentford, Rico Henry pada saingan Piala FA di Goodison Park. - Foto AFP
Pemain Everton, Seamus Coleman (kiri) dikasari pemain Brentford, Rico Henry pada saingan Piala FA di Goodison Park. - Foto AFP

Berita Harian X