Rabu, 26 Januari 2022 | 6:58am
Pemain Manchester United, Anthony Martial lengkapkan pinjaman ke Sevilla. - REUTERS
Pemain Manchester United, Anthony Martial lengkapkan pinjaman ke Sevilla. - REUTERS

United pinjamkan Martial ke Sevilla

MADRID: Penyerang Manchester United, Anthony Martial melengkapkan pinjaman enam bulan ke Sevilla, umum kelab itu hari ini ketika pemain antarabangsa Perancis itu tampak akan membangkitkan kembali kariernya di La Liga.

Martial akan menyertai Sevilla bagi mengejar gelaran di Sepanyol dengan kelab itu berkedudukan kedua, empat mata di belakang Real Madrid.

Pemain berusia 26 tahun itu memberitahu pengurus sementara United, Ralf Rangnick bahawa dia mahu meninggalkan kelab itu pada Januari kerana kecewa kurang mendapat peluang bermain.

Rangnick kemudian menyalahkan Martial kerana enggan bersama pasukan menentang Aston Villa awal bulan ini tetapi dinafikan Martial.

Dia membuat penampilan pertama di bawah Rangnick sebagai pemain gantian berdepan West Ham hujung minggu lalu dan membantu untuk gol kemenangan Marcus Rashford.

"Dia pemain yang hebat, seorang daripada penyerang terbaik dalam Liga Perdana, tetapi kami ada pemain lain di posisinya. Dia memang mahu meninggalkan kelab," kata Rangnick Sabtu lalu.

Martial adalah seorang daripada prospek terbaik di Eropah apabila United menandatanganinya yang juga rekod sebagai seorang pemain remaja pada 2015. - AFP

Berita Harian X