Isnin, 24 Januari 2022 | 10:15pm
TMJ (tengah) bersama pemain JDT sebelum sesi latihan di Johor Bahru.
TMJ (tengah) bersama pemain JDT sebelum sesi latihan di Johor Bahru.

Ada lagi seorang - TMJ

KUALA LUMPUR: Ketika ramai beranggapan Moussa Sidibe sebagai pelengkap kepada barisan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) musim ini, namun pemilik kelab itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan bahawa ada seorang lagi pemain yang akan direkrut Harimau Selatan.

Perkara itu dimaklumkan Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi satu komen di laman sebuah Instagram berkaitan bola sepak.

Laman berkenaan memuat nak gambar Sidibe dengan kapsyen, "pemain terakhir yang akan sertai JDT", namun TMJ meninggakal komen: "Ada lagi sorang".

Terdahulu pemain kelahiran Mali yang beraksi di Sepanyol itu dilaporkan menjadi pemain terbaru yang diikat JDT untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) dan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini.

Kehadiran pemain sayap berusia 27 tahun itu diumumkan Harimau Selatan, semalam dengan dia sudah melaporkan diri bersama skuad itu yang kini sedang melakukan persiapan pramusim di Dubai.

Sidibe menyertai senarai pemain import baharu JDT selepas juara Liga Super lapan kali berturut-turut itu mengumumkan kehadiran Fernando Forestiieri, Bienvenido Maranon, dan Carli de Murga.

Selain pemain import baharu, Harimau Selatan juga mengekalkan Mauricio dos Santos, Shane Lowry, Leandro Velazquez, dan Bergson da Silva selepas sebelum ini melepaskan Gonzalo Cabrera dan Syahrian Abimanyu.

JDT ketika ini berada di Dubai yang mana mereka akan mengharungi beberapa aksi persahabatan menentang Spartak Moscow, Rodina Moscow, MSK Zilina dan Riga FC.

Berita Harian X