Ahad, 23 Januari 2022 | 8:47am
Marcus Rashford (tengah) menjaringkan gol kemenangan Manchester United pada minit terakhir permainan menentang West Ham di Old Trafford. - Foto REUTERS
Marcus Rashford (tengah) menjaringkan gol kemenangan Manchester United pada minit terakhir permainan menentang West Ham di Old Trafford. - Foto REUTERS

Rangnick anggap kemenangan terbesar

MANCHESTER: Marcus Rashford menjaringkan gol kemenangan Manchester United pada minit terakhir permainan menentang West Ham sekali gus memintas lawannya itu untuk tangga keempat Liga Perdana Inggeris.

Kemenangan 1-0 itu dianggap cukup besar buat pengendali sementara United Ralf Rangnick selepas pemain-pemain gantian - Anthony Martial dan Edinson Cavani mencetus gerakan untuk gol Rashford.

"Suasana di bilik persalinan menakjubkan. Pemain-pemain meraikan kemenangan, mereka tahun betapa besarnya kemenangan ini. Ia antara kemenangan terbaik apabila pasukan lawan tidak sempat untuk bangkit," kata Rangnick.

Kemenangan itu melonjak United satu mata di depan The Hammers dan memintas Tottenham serta Arsenal dalam persaingan ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Gol kemenangan itu juga cukup penting buat Rashford, yang tahap keyakinannya sedikit merosot sejak beberapa bulan lalu.

Pemain England itu menjaringkan gol buat pertama kali sejak Oktober dalam kemenangan 3-1 di Brentford pada Rabu dan sekali lagi berada di kedudukan tepat untuk menjaringkan gol penting United.

Pada aksi di Old Trafford itu, Rashford sekali lagi tercicir daripada kesebelasan utama selepas Rangnick memilih untuk menurunkan pemain 19 tahun Anthony Elanga.

Bagaimanapun ketumpulan jentera serangan sepanjang 45 minit memaksa Rangnick memasukkan Rashford selepas rehat, disusuli Martial dan Cavani selepas itu yang kemudian bergabung menghasilkan gol berkenaan.

Rangnick hanya tewas sekali dalam 10 perlawanan pertamanya sejak mengambil alih United, namun sekali lagi keputusan perlawanan jauh lebih menarik daripada persembahan anak buahnya. - AFP

Berita Harian X