Ahad, 16 Januari 2022 | 8:51am
Penyerang Manchester United, Anthony Martial enggan disenaraikan dalam skuad menentang Aston Villa, malam tadi. - AFP
Penyerang Manchester United, Anthony Martial enggan disenaraikan dalam skuad menentang Aston Villa, malam tadi. - AFP

Martial enggan berada dalam skuad Man Utd

LONDON: Penyerang Manchester United, Anthony Martial enggan disenaraikan dalam skuad yang seri 2-2 pada saingan Liga Perdana menentang Aston Villa malam tadi, kata pengurus sementara, Ralf Rangnick.

Pemain berusia 26 tahun itu hanya memulakan aksi dalam dua perlawanan liga musim ini dan tidak bermain sejak kemenangan 3-2 mengatasi Arsenal pada 2 Disember.

Wakil penyerang Perancis itu berkata bulan ini bahawa Martial mahu berpindah pada Januari untuk mendapat lebih peluang bermain.

Namun ketika United bergelut mencari pemain berikutan kecederaan, COVID-19 dan Piala Negara-Negara Afrika, Rangnick bertanya kepada Martial jika dia mahu bermain menentang Villa.

"Dia tidak mahu berada dalam skuad," kata jurulatih itu dalam sidang akhbar. "Dia boleh berada dalam skuad secara normal, tapi dia tidak mahu dan itulah sebabnya kenapa dia tidak bersama kami semalam."

Kelab Liga Perdana dibenarkan memilih sehingga sembilan pemain, namun United hanya menyenaraikan lapan di Villa Park - dua daripadanya ialah penjaga gol Dean Henderson dan Tom Heaton. - REUTERS

Berita Harian X