Jumaat, 14 Januari 2022 | 7:31pm
Pemain Melaka menerima tunggakan gaji tiga bulan hari ini.
Pemain Melaka menerima tunggakan gaji tiga bulan hari ini.

Melaka lunas tunggakan gaji pemain

KUALA LUMPUR: Pasukan Melaka United FC (MUFC) menunaikan janji mereka apabila melunaskan bayaran gaji pemain yang yang tertunggak selama tiga bulan.

Perkembangan itu dimaklumkan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) menerusi satu kenyataan, hari ini.

PFAM mengucapkan syabas buat pemain yang berani tampil untuk membuat laporan selain berterima kasih kepada pengurusan MUFC yang diterajui pemiliknya, Datuk Justin Lim Hwa Tat dan KenTeam kerana segera menyelesaikan isu berkenaan.

"PFAM percaya di bawah pengendalian Datuk Wira Justin selepas ini, perkara ini akan sentiasa diberikan perhatian bagi memastikan isu ini tidak akan berulang di masa akan datang.

"PFAM juga menggesa isu ini dijadikan contoh oleh semua pasukan agar segera peka dan menyelesaikan masalah berkaitan tunggakan gaji dalam kadar yang segera memandangkan pemain sudah pun menjalankan tanggungjawab mereka terhadap pasukan," jelas PFAM.

Langkah positif yang dilakukan pengurusan MUFC juga juga bakal menyaksikan skuad Hang Tuah akan terlepas daripada dikenakan hukuman oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Berita Harian X