LONDON: Chelsea menewaskan pencabar dari London, Tottenham Hotspur 1-0 hasil gol babak pertama Antonio Rudiger seterusnya melengkapkan kejayaan 3-0 secara agregat pada separuh akhir Piala Liga sebentar tadi.
Mendahului 2-0 hasil kemenangan pada pusingan pertama minggu lalu di Stamford Bridge, pertahanan, Rudiger memberikan tekanan buat Tottenham apabila dia meledak hasil hantaran lintang Mason Mount pada minit ke-18.
Tottenham bertarung sengit untuk kembali tetapi ia bukanlah malam milik mereka apabila dua penalti diberikan pengadil Andre Mariner kedua-duanya dibatalkan selepas melihat rakaman VAR.
Menambah derita pasukan itu apabila jaringan Harry Kane juga dibatalkan selepas sekali lagi melihat rakaman VAR.
Chelsea, yang akan berdepan Manchester City pada aksi Liga Perdana Sabtu ini, agak selesa pada babak kedua dan akan cuba memenangi Piala Liga buat kali keenam pada final menentang sama ada Liverpool atau Arsenal. - REUTERS